Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Universiti musnah, impian jadi doktor belum kesampaian

Jan 30, 2024 | 12:55 PM
Pelajar tahun akhir bidang perubatan Universiti Al-Azhar di Gaza, Cik Aseel Abu Haddaf, tidak pasti dapat menamatkan pengajian akibat perang yang belum berakhir.
Pelajar tahun akhir bidang perubatan Universiti Al-Azhar di Gaza, Cik Aseel Abu Haddaf, tidak pasti dapat menamatkan pengajian akibat perang yang belum berakhir. - Foto REUTERS

RAFAH: Pelajar perubatan Palestin, Cik Aseel Abu Haddaf, sepatutnya menamatkan pengajian di sekolah perubatan di Gaza pada 2024 tetapi impiannya belum menjadi nyata kerana rumah dan kampus universitinya musnah akibat serangan udara Israel.

Beliau yang kini berlindung dalam khemah sementara di Rafah, dekat sempadan Mesir, tertanya-tanya sama ada impiannya akan kesampaian atau tersandung di tengah jalan.

Peperangan Israel di Gaza, yang dicetuskan oleh serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,200 orang dan 240 yang lain dijadikan tebusan.

Serangan balas Israel itu telah membunuh lebih 26,000 rakyat Palestin.

Bagi pelajar seperti Cik Aseel, masa depan mereka penuh dengan ketidakpastian – sama ada tahun-tahun sukar mereka belajar akan diambil kira atau pihak universiti masih mempunyai rekod kemajuan akademik mereka.

“Perubatan adalah cita-cita saya sejak kecil lagi. Sebagai seorang kanak-kanak saya selalu melihat diri saya sebagai seorang doktor kerana keadaan kami yang tinggal di Gaza,” kata Cik Aseel sambil menambah bahawa kemusnahan perang telah membuatnya lebih berazam untuk menggapai impiannya itu.

Pelajar tahun akhir kursus enam tahunnya di Universiti al-Azhar di bahagian selatan Bandar Gaza, bersedia untuk menamatkan pengajian akhir tahun ini dan berharap dapat mula bekerja sebagai pelatih untuk menjadi doktor sepenuhnya kelak.

Cik Aseel tidak tahu apa yang telah berlaku dengan pensyarahnya, kakitangan universiti lain atau rakan-rakan pelajarnya.

“Saya harap kami dapat kembali belajar walaupun dalam khemah dan mendapat akses kepada kakitangan pendidikan untuk mengajar kami dan membantu memenuhi impian kami untuk menjadi doktor,” katanya.

Beliau tampil menjadi sukarelawan perubatan dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam kedoktoran.

Sama ada pelajar perubatan seperti Cik Aseel akan dapat menamatkan pengajian adalah satu lagi persoalan perang yang belum terjawab. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg