Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

UNRWA kurang dana ekoran dakwaan Israel tuduh kakitangan PBB pengganas

Jan 30, 2024 | 02:59 PM



GAZA: Pemimpin agensi terbesar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza memberi amaran bahawa ia mungkin akan kehabisan wang tidak lama lagi apabila dakwaan baru timbul mengenai pengaruh Hamas ke atas pertubuhan itu.


Dokumen perisikan Israel pada 29 Januari mendakwa beberapa kakitangan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil bahagian dalam penculikan dan pembunuhan ketika serbuan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Dokumen setebal enam muka surat itu mendakwa kira-kira 190 pekerja Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB (UNRWA) bagi pelarian Palestin terbabit, termasuk guru.

Ia mengandungi nama dan gambar 11 individu yang didakwa.

Ketika pegawai bimbang tentang masa depan UNRWA, para pegawai Israel membahaskan sama ada masuk akal untuk menyiarkan tuduhan secara terbuka bahawa sekumpulan pekerja agensi itu terlibat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober.

Masalah kewangan yang dihadapi agensi tersebut timbul apabila Britain, Jerman, Italy, Belanda, Switzerland dan Finland pada 27 Januari menyertai Amerika Syarikat, Australia dan Canada dalam menghentikan sementara pembiayaan kritikal untuk penduduk di Gaza, selepas dakwaan dibuat oleh Israel.

Agensi itu berkata pada 26 Januari bahawa ia telah membuka siasatan ke atas beberapa pekerjanya dan memutuskan hubungan dengan mereka.

UNRWA mengendalikan sekolah Gaza, klinik penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial lain.

Jurucakap UNRWA pada 29 Januari berkata agensi itu tidak akan dapat meneruskan operasi sedemikian selepas Februari jika pembiayaan tidak disambung semula.

Agensi itu menggajikan kira-kira 13,000 orang di Gaza, sebahagian daripada jumlah tenaga kerja sekitar 30,000 bekerja dengan pelarian Palestin di sekitar Timur Tengah.

Israel telah mendakwa bahawa 13 pekerja UNRWA di Gaza mengambil bahagian dalam serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober yang yang membunuh sekitar 1,200 orang dan mencetuskan konflik.

Encik Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung UNRWA, berkata keputusan sembilan negara itu mengancam kerja-kerja kemanusiaannya di seluruh rantau itu, terutama di Gaza.

“Sungguh mengejutkan apabila melihat penggantungan dana kepada agensi sebagai reaksi terhadap dakwaan terhadap sekumpulan kecil kakitangan yang telah kami tamatkan kontrak mereka dan meminta siasatan bebas yang telus,” tambahnya.

Seorang ibu Palestin, Cik Mazouza Hassan, berkata:

“Kami dicampak ke dalam khemah dan anak-anak kami perlu diberi vaksin dan wanita hamil perlu bersalin... ke mana mereka ini akan pergi?

“UNRWA adalah masa depan dan kehidupan kita dari awal hingga hari ini. Siapa yang akan menyokong kita?” tanya beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >