Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

'Usah politikkan penganjuran Majlis Rumah Terbuka M'sia Madani sebagai pembaziran'

Apr 27, 2023 | 05:30 AM



BUKIT KAYU HITAM: Isu pembaziran tidak timbul dalam penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang dijadual diadakan di enam negeri yang akan bermula dengan Kedah pada Sabtu ini.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sebaliknya program itu diadakan khusus bagi meraikan rakyat di semua enam negeri terbabit dengan majlis dan boleh dihadiri sesiapa sahaja termasuk kepimpinan negeri itu.



Malah, beliau menegaskan penganjuran program itu juga tidak sewajarnya dipolitikkan hanya kerana pemilihan lokasi di enam negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.



"Hendak membazir apa (kalau) juadah hidangan adalah ketupat, lemang, satay dan ada gerai makanan sediakan cendol dan ais kacang. Hendak jamu orang ramai, di mana membazirnya?



"Ketupat berapa duit sahaja, sewa khemah sikit, mainkan lagu Raya. Kita hendak buat jamuan untuk rakyat Kedah.



"Ini majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dengan rakyat Kedah, tidak membazir," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am pada Selasa, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa kerajaan pusat melakukan pembaziran apabila merancang mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di enam negeri.



Beliau berkata ia tidak wajar diadakan kerana boleh dianggap sebagai program kempen pilihan raya berikutan pemilihan enam negeri yang bakal mengadakan PRN pada 2023.



Berdasarkan jadual, selain Kedah, lima lagi negeri yang dipilih sebagai destinasi majlis itu ialah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor, yang mana semuanya akan terbabit dengan PRN.



Datuk Saifuddin berkata pada masa sama tidak timbul isu berkaitan jemputan rasmi kepada Datuk Muhammad Sanusi atau kepimpinan negeri lain kerana majlis berkenaan terbuka kepada mana-mana individu yang mahu menghadirinya.



Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, pula berkata acara itu adalah usaha kerajaan persekutuan mahu mendekati rakyat dan kepimpinan kerajaan negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.



Beliau berkata penganjuran majlis sempena sambutan Aidilfitri di peringkat negeri itu dapat memberikan akses sebanyak mungkin kepada rakyat dari negeri berkenaan untuk hadir, berbanding jika dianjurkan di Putrajaya.



"Bukan semua orang dari negeri (lain) dapat berkunjung ke rumah terbuka ini jika diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, jadi pilihan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah untuk mendekati dan meraikan sebanyak mungkin rakyat.



"Malah, banyak acara peringkat kebangsaan juga dirancang diadakan di luar Putrajaya bagi mencapai hasrat menguatkan kerjasama (dengan negeri termasuk dipimpin pembangkang) ini," katanya pada Isnin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >