WELLINGTON: Pemerintahan New Zealand menjangkakan kos akibat taufan dahsyat yang memusnahkan Pulau Utara negara itu pada minggu lalu dianggarkan menelan belanja “berbilion-bilion”, kata Menteri Kewangan Grant Robertson dalam temu bual dengan media tempatan pada Ahad (19 Feb).
Encik Robertson memberitahu program Q+A TVNZ bahawa masih sukar untuk menilai tahap sebenar kerosakan.
Beribu-ribu orang di wilayah Hawke’s Bay dan Gisborne masih tiada tempat berteduh, terputus bekalan air dan tenaga elektrik.
Sambil mengulangi bahawa keadaan posbencana yang masih di peringat “hari yang sangat awal”, Encik Robertson berkata kerajaan menjangka kos pemulihan akan setanding dengan gempa bumi Christchurch 2011, iaitu sekitar NZ$13 bilion ($11 bilion).
“Itu saiz kerosakan yang kami lihat sekarang dari segi kos sekarang,” katanya.
“Jelas sekali tahap kemusnahan dari segi infrastruktur, dari segi rumah dan perniagaan orang ramai adalah sangat tinggi,” tambah Encik Robertson.
“Ia akan menjadi musibah berkaitan cuaca terbesar abad ini, dan ia akan mempunyai tanda harga berbilion dolar.” – Agensi berita.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
28
0
Usaha baik pulih kerosakan Taufan Gabrielle di New Zealand dijangka telan kos berbilion
Feb 19, 2023 | 07:00 PM