Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha bangunkan semula Gaza makan masa, seawalnya siap 2040

May 13, 2024 | 05:32 AM



GAZA: Jaluran Gaza yang dihujani bom sejak tujuh bulan lalu dipenuhi timbunan sisa runtuhan struktur pada skala amat dahsyat berbanding Ukraine yang dilanda peperangan lebih dua tahun sejak 2022.


Data sehingga pertengahan April yang dikeluarkan Perkhidmatan Tindakan Periuk Api Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unmas) menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.

“Ia adalah perbezaan yang ketara antara Kiev dengan barisan hadapan sepanjang hampir 1,000 kilometer (km) manakala Gaza hanya sepanjang 40 kilometer,” kata ketua program Unmas di wilayah Palestin, Encik Mungo Birch.

Pembinaan semula kediaman penduduk Palestin di Jaluran Gaza boleh mengambil masa sehingga berabad berdasarkan trend perang sebelum ini, ujar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan portal berita, Middle East Monitor.


Tentera Israel melancarkan serangan darat dan udara di Gaza yang memasuki tempoh hampir tujuh bulan dengan kerosakan dianggar bernilai berbilion-bilion dolar.

Dalam serangan itu, banyak bangunan konkrit bertingkat dan tinggi runtuh dengan seorang pegawai PBB merujuk kepada keadaan di wilayah Palestin berkenaan seperti permukaan bulan.

Perangkaan dari Palestin menunjukkan bahawa sekitar 80,000 rumah telah musnah dalam kempen pengeboman genosid Israel.

Dianggarkan, lebih 800,000 tan asbestos sahaja bertimbun di seluruh wilayah terkepung itu dan penggunaan mineral penyebab barah dalam projek pembinaan memerlukan langkah waspada lebih ketat untuk dikendalikan.

Asbestos adalah bahan yang yang dijadikan kepingan yang dapat menyekat haba atau kepanasan dan biasanya digunakan untuk bumbung atau siling rumah.

Selain itu, sekitar 10 hingga 15 peratus peluru dipercayai tidak meletup selepas impak, sekali gus menjadi ancaman kekal kepada orang awam.

Data Unmas menunjukkan 65 peratus struktur di Gaza yang musnah adalah kediaman penduduk dan ia memerlukan kira-kira 100 trak untuk tempoh selama 14 tahun bagi kerja pembersihan secara menyeluruh.

Penilaian yang dikeluarkan oleh Rancangan Pembangunan PBB (UNDP) pula menyatakan, Gaza memerlukan masa kira-kira 80 tahun untuk memulihkan semua unit perumahan yang musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun dalam senario terbaik, jika bahan binaan boleh dihantar lebih pantas, pembinaan semula hanya boleh disiapkan menjelang 2040, kata laporan tersebut.

UNDP membuat penilaian tentang kesan sosioekonomi perang di Gaza berdasarkan tempoh konflik semasa selain meramalkan dekad penderitaan yang berterusan.

“Tahap kerugian manusia yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kemusnahan modal insan dan peningkatan mendadak kemiskinan dalam tempoh singkat akan mencetuskan krisis pembangunan serius sehingga menjejas masa depan generasi akan datang,” kata Pentadbir UNDP, Encik Achim Steiner, dalam satu kenyataan.

Dalam senario perang dijangka berterusan selama sembilan bulan, kemiskinan rakyat Palestin dijangka meningkat daripada 38.8 peratus pada akhir 2023 kepada 60.7 peratus, kata laporan tersebut.

Laporan itu memberi amaran bahawa jumlah penduduk Gaza yang hidup di bawah garis kemiskinan akan meningkat kepada 1.74 juta jika tempoh perang antara tentera Israel dengan Hamas yang bermula pada 7 Oktober 2023, mencecah tujuh bulan.

Ia menyatakan, 1.86 juta penduduk Gaza akan menjadi miskin jika tempoh perang berlanjutan selama sembilan bulan.

Menurut laporan yang sama, perang mengheret sebahagian besar penduduk kelas pertengahan ke bawah garis kemiskinan.

Laporan itu menampilkan tajuk bermaksud, ‘Perang di Gaza: Kesan Sosioekonomi yang Dijangka terhadap Negara Palestin’.

Ia mendedahkan kerosakan meluas yang disebabkan oleh konflik termasuk kemusnahan kira-kira 80,000 buah rumah, perpindahan secara paksa dan kehilangan tempat tinggal dalam kalangan penduduk.

Laporan itu turut menyentuh pencemaran sumber asli, kemusnahan prasarana seperti sistem air dan sanitasi, institusi pendidikan serta kemudahan penjagaan kesihatan.

“Tiada konflik bersenjata lain dalam abad ke-21 yang menyebabkan kesan begitu dahsyat ke atas penduduk dalam tempoh begitu singkat,” kata laporan itu.

Berdasarkan anggaran, ekonomi Palestin kehilangan 8.7 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) pada 2023. Gaza juga dianggarkan akan kehilangan 25.8 peratus GDP pada 2024.

Jika konflik berterusan selama tiga bulan lagi, kerugian pada 2024 boleh meningkat kepada 29 peratus GDP bersamaan dengan kira-kira AS$7.6 bilion ($10.3 bilion).

Semua sektor ekonomi di Gaza terjejas teruk akibat perang, kata laporan yang sama dengan sektor pembinaan mengalami kemerosotan paling ketara iaitu sebanyak 75.2 peratus.

“Perang Gaza yang dahsyat akan meninggalkan generasi akan datang dengan kos ekonomi dan sosial yang lebih teruk,” kata laporan tersebut. 

Penilaian tepat mengenai situasi di Gaza agak mustahil terutamanya di kawasan utara memandangkan pertempuran ganas masih berterusan dan kini memasuki bulan kelapan dan telah meragut hampir 34,600 nyawa penduduk Palestin.

Pada pertengahan Mac, UNDP di Ukraine disokong oleh pembiayaan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun mengumumkan penyediaan peralatan pengurusan sisa penting kepada lebih 19 komuniti di seluruh Kiev.

Daya usaha itu bertujuan menangani cabaran penduduk yang terjejas dek perang dengan membantu mereka agar membuang dan memproses sisa runtuhan secara berkesan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >