Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agensi PBB: Ekon Gaza ambil masa sehingga 2092 untuk pulih

Feb 01, 2024 | 04:21 PM



GENEVA: Ekonomi Gaza mungkin mengambil masa sehingga bertahun-tahun sehingga penutup abad ini untuk dipulihkan semula seperti tempoh prakonfliknya.


Anggaran pemulihan itu hanya jika permusuhan di kawasan Palestin itu dihentikan serta-merta, kata badan perdagangan PBB dalam laporan yang diterbitkan pada 31 Januari.

Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) berkata konflik itu telah mengakibatkan penguncupan 24 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Gaza dan penurunan 26.1 peratus pada GDP per kapita untuk 2023.

UNCTAD berkata jika operasi ketenteraan ditamatkan dan pembinaan semula dimulakan serta-merta – dan jika trend pertumbuhan yang dilihat dari 2007 hingga 2022 berterusan, pada kadar purata tahunan 0.4 peratus – Gaza boleh memulihkan paras GDP prakonfliknya pada 2092.

“Ia akan mengambil masa sehingga 2092 untuk Gaza kembali ke tahap 2022, yang sama sekali bukan tempat yang baik untuk orang di Gaza,” kata Encik Rami Alazzeh, ahli ekonomi yang bekerja di Wilayah Pendudukan Palestin UNCTAD.

“Saya rasa perkara utama daripada laporan itu ialah tahap kemusnahan yang kita saksikan di Gaza tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia akan memerlukan banyak usaha daripada masyarakat antarabangsa untuk pembinaan semula dan pemulihan di Gaza,” ujar beliau.

UNCTAD berkata bahawa untuk pulih berikutan campur tangan tentera Israel sebelum ini di Gaza pada 2014, keperluan wilayah itu berjumlah sekitar AS$3.9 bilion ($5.23 bilion).

Keperluan itu akan menjadi lebih tinggi berikutan konflik semasa, kata Encik Rami.

“Memandangkan tahap kemusnahan dan kerosakan yang kita saksikan pada masa ini di Gaza dan bahawa operasi ketenteraan masih berterusan, jumlah yang diperlukan untuk pemulihan di Gaza akan naik berkali ganda daripada $3.9 bilion yang diperlukan pada tempoh selepas perang 2014,” tambahnya.

Ekonomi Gaza mengalami kemerosotan walaupun sebelum konflik disebabkan sekatan ekonomi Israel, dengan ekonomi wilayah itu menguncup 4.5 peratus pada tiga suku pertama 2023, menurut anggaran UNCTAD.

Dua pertiga daripada penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan dan 45 peratus daripada tenaga kerja menganggur sebelum konflik.

Sehingga Disember, pengangguran telah melonjak kepada 79.3% peratus – sesuatu yang UNCTAD kata sangat mengejutkan.

“Saya tidak fikir masyarakat antarabangsa atau penduduk di Gaza mampu menanggung mala petaka kemanusiaan selama beberapa dekad,” kata beliau lagi.

Menurutnya, Gaza perlu menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan daripada dianggap sebagai kes kemanusiaan.​

Pada 17 Januari, Pengerusi syarikat Palestine Investment Fund, Encik Mohammed Mustafa, berkata sekurang-kurangnya AS$15 bilion ($20.2 bilion) diperlukan untuk membangunkan semula rumah di Gaza – mencerminkan teruknya kemusnahan akibat serangan Israel. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >