Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha cari mangsa ledakan Sumeru ditangguh dek letusan baru

Dec 07, 2021 | 05:30 AM



LUMAJANG, INDONESIA: Gunung Semeru di Indonesia memuntahkan lebih banyak abu semalam, memaksa penyelamat menangguhkan pencarian mangsa yang terselamat sedang imej dari udara menunjukkan tahap kemusnahan akibat letusan gunung berapi itu hujung minggu lalu.



Gunung terbesar di pulau Jawa itu meletus Sabtu lalu, mengeluarkan kepulan abu gunung berapi tinggi ke langit dan memuntahkan lumpur panas sedang ribuan orang yang cemas meninggalkan rumah mereka.



Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban.



Gambar dari udara menunjukkan seluruh jalan dipenuhi lumpur dan abu gunung berapi yang telah menimbus banyak rumah dan kenderaan.



Operasi menyelamat digantung disebabkan oleh aktiviti gunung berapi baru semalam.



"Semua pasukan pemindahan telah ditarik keluar... buat sementara waktu kerana terdapat sedikit letusan baru dan ia boleh membahayakan pasukan pemindahan," kata pekerja penyelamat, Encik Rizal Purnama.



"Pencarian akan diteruskan apabila keadaan agak selamat."



Puluhan orang masih hilang, tambahnya.



Kepulan asap tebal berbahaya terus keluar dari kawasan yang diselubungi abu gunung berapi, manakala penyelamat cuba menggali lumpur yang mula mengeras untuk cuba mencari mangsa yang terselamat - dan mengeluarkan mayat. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >