Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Usaha cari mangsa terselamat selepas banjir, tanah runtuh di India meragut 65 jiwa

Aug 16, 2023 | 03:14 PM



DEHRADUN (India) : Pasukan penyelamat pada Selasa mencari orang yang dikhuatiri hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 65 orang di India, termasuk 11 yang maut dalam keruntuhan sebuah kuil popular.


Hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah menghanyutkan kenderaan, merobohkan bangunan dan memusnahkan jambatan di Himalaya.

Banjir dan tanah runtuh adalah perkara biasa dan menyebabkan kemusnahan yang meluas semasa musim tengkujuh yang berbahaya di India, tetapi pakar mengatakan perubahan iklim memburukkan lagi keadaan.

Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh di Himachal Pradesh sejak Ahad, dengan ribuan lagi terkandas selepas berlaku gangguan jalan raya, talian elektrik dan rangkaian komunikasi.

“Kesulitan mereka yang terjejas tidak boleh diganti dengan wang, tetapi pemerintah akan menyediakan segala bantuan yang mungkin kepada mereka dalam masa sukar ini,” kata Ketua Menteri Negeri, Encik Sukhvinder Singh Sukhu, dalam satu kenyataan pada Selasa.

Encik Sukhu sebelum ini berkata bahawa sehingga 20 yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas berlaku tanah runtuh, dan merayu kepada penduduk supaya tinggal di dalam rumah dan mengelak daripada pergi berhampiran sungai.

Imej dari kawasan yang dilanda teruk di Himachal Pradesh menunjukkan mayat ditarik keluar dari timbunan tanah, yang telah memusnahkan bangunan dan memecahkan bumbung.

Laluan kereta api turut musnah dan di bawa arus.

Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila tanah runtuh mengakibatkan sebuah kuil popular runtuh di ibu negeri Shimla.

Encik Sukhu berkata, bencana itu adalah yang paling buruk melanda Himachal Pradesh dalam tempoh 50 tahun lalu, sambil menambah bahawa pihak berkuasa negeri telah mengurangkan sambutan tahunan Hari Kemerdekaan pada Selasa, sempena ulang tahun berakhirnya pemerintahan kolonial British, untuk menumpukan usaha menyelamat.

Lebih 300 pelancong telah diselamatkan daripada banjir, tambahnya.

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, berucap dari Red Fort di New Delhi sempena hari cuti itu berkata, bencana alam baru-baru ini telah menyebabkan “masalah yang tidak dapat dibayangkan” bagi keluarga di seluruh negara. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >