Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SAJIAN FOTO

Usaha Colombia agar lebah tidak pupus

Elak serangga musnah dek racun perosak dan perubahan iklim
Jan 08, 2024 | 05:30 AM



SOCORRO (Colombia): Di timur laut Colombia, polis menjaga gudang yang disusun tinggi dengan kayu yang dirampas kerana ditebang secara haram.


Kayu-kayan itu kini mempunyai peranan baru. Ia diubah menjadi ‘rumah’ atau sarang lebah bagi serangga tersebut yang terjejas oleh racun perosak dan perubahan iklim.

Kayu itu digunakan di bawah daya usaha, ‘Timber Returns Home’ oleh jabatan Santander – yang telah membolehkan lebah membuat sarang sejak 2021.

Ia menempatkan serangga debunga cilik itu yang begitu penting demi penakatan manusia.

Sejauh ini, projek itu telah menyaksikan sekitar 200 meter padu kayu diubah menjadi tempat bagi 1,000 sarang lebah, dengan lagi 10,000 dirancang untuk fasa seterusnya, menurut pihak berkuasa alam sekitar Santander.

Sebelum ini, kayu yang dirampas itu ditukar menjadi habuk papan dan didermakan kepada majlis perbandaran untuk projek-projek, dan kadangkala hanya dibiarkan reput.

Sekarang, tujuannya diubah untuk membantu menangani “masalah amat serius” kepupusan lebah, kata ahli biologi, Encik German Perilla, yang merupakan pengarah Yayasan Kesan Lebah Madu.

Sekitar tiga suku tanaman yang menghasilkan buah-buahan atau benih untuk kegunaan manusia bergantung pada pendebungaan.

Namun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa 40 peratus daripada serangga debunga – terutamanya lebah dan kupu-kupu – berisiko pupus di peringkat sejagat.

“Ancaman utama adalah kita akan kehabisan pokok dan tidak akan ada bunga, kerana tanpa bunga tidak ada lebah, tanpa lebah tidak ada manusia, dan kita akan kehabisan makanan,” kata pemelihara lebah, Cik Maria Acevedo, yang merupakan salah seorang benefisiari projek itu.

Pada 2023 sahaja, beliau memberitahu agensi berita AFP bahawa beliau kehilangan lebih separuh daripada sarang lebah yang dipeliharanya.


Beliau menyalahkan racun perosak yang digunakan dalam penghasilan tanaman yang berdekatan seperti kopi.

Menurut data rasmi, sekitar 3,000 sarang lebah, setiap daripadanya mampu menempatkan kira-kira 50,000 lebah, mati di Colombia setiap tahun.

Ujian makmal menemui kesan racun fipronil dalam kebanyakan serangga yang mati.

Colombia telah mengeluarkan larangan ke atas penggunaan fipronil – telah diharamkan di Eropah dan dihadkan penggunaannya di Amerika Syarikat dan China – bermula Februari 2024.

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, suhu lebih tinggi, kemarau, banjir dan kejadian cuaca melampau lain yang disebabkan perubahan iklim mengurangkan bunga yang menghasilkan nektar yang dimakan lebah.

Di samping itu, kajian turut mengaitkan ketidaksuburan lebah dengan tekanan haba. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >