Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dunia kian dijerut pemanasan sejagat

Dec 11, 2023 | 5:30 AM
TERAPUNG DI AIR: Sebuah aisberg yang mencair dilihat hanyut akibat suhu tinggi di Scoresby Fjord berhampiran Ittoqqortoormiit, Greenland, pada 12 Ogos. Persidangan Perubahan Iklim PBB Ke-28 (COP28) dimulakan di Dubai pada 30 November, dengan negara-negara menghadapi tekanan untuk meningkatkan tindakan segera terhadap isu pemanasan sejagat dan menghentikan penggunaan bahan api fosil.
TERAPUNG DI AIR: Sebuah aisberg yang mencair dilihat hanyut akibat suhu tinggi di Scoresby Fjord berhampiran Ittoqqortoormiit, Greenland, pada 12 Ogos. Persidangan Perubahan Iklim PBB Ke-28 (COP28) dimulakan di Dubai pada 30 November, dengan negara-negara menghadapi tekanan untuk meningkatkan tindakan segera terhadap isu pemanasan sejagat dan menghentikan penggunaan bahan api fosil. - Foto AFP

Masalah perubahan iklim terus membelenggu dunia, dengan negara-negara mengalami keadaan cuaca tidak menentu atau bertambah buruk.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahkan telah mengumumkan pada November bahawa 2023 sebagai tahun paling panas dalam sejarah walaupun ia belum berakhir.

Menurut Keadaan Sementara Laporan Iklim Global 2023 Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) – sebuah agensi khusus PBB, suhu sejagat dicatatkan sekitar 1.4 darjah Celsius lebih tinggi berbanding purata sebelum zaman perindustrian bagi 10 bulan pertama 2023.

Pengeluaran gas rumah hijau, yang bertanggungjawab bagi pemanasan bumi, terus meningkat pada 2023 selepas mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada 2022, tambah laporan itu.

Akibatnya, lapisan atas lautan menyaksikan trend pemanasan berterusan, dengan Lautan Selatan dan Lautan Atlantik Utara serta Lautan Atlantik Selatan mencatatkan tahap haba tertinggi.

Negara-negara di Hemisfera Utara pula mengalami musim panas dengan suhu amat tinggi.

Di Sardinia, Italy, suhu mencapai 48.2 darjah Celsius pada 24 Julai, manakala Maghribi pula merakamkan cuaca paling panas di negaranya apabila suhu mencecah 50.4 darjah Celsius di bandar Agadir pada 11 Ogos.

Canada pula mengalami musim kebakaran hutan paling dahsyat, dengan sekitar 18.5 juta hektar kawasan hutan hilang, akibat suhu tinggi dan kekurangan hujan.

Dalam usaha menangani masalah perubahan iklim dan pemanasan sejagat, lebih 100 pemerintah negara di Persidangan Perubahan Iklim PBB Ke-28 (COP28) di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), berikrar akan meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui global sebanyak tiga kali menjelang 2030.

Ini bertujuan menyahkarbonkan sektor tenaga, yang merupakan sumber bagi sekitar tiga suku pengeluaran gas rumah hijau sedunia.

Syarikat minyak dan gas, pemerintah dan para dermawan juga telah mengumumkan ikrar untuk menangani gas metana, salah satu gas rumah hijau paling banyak menyumbang kepada kenaikan suhu sejagat.

Berita Harian (BH) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana perubahan iklim menjejas cuaca di seluruh dunia.

API MARAK: Kebakaran hutan Eagle Bluff dilihat melintas sempadan di Washington di Amerika Syarikat, mencetuskan arahan berpindah di Osoyoos, British Columbia, Canada, pada 30 Julai.
API MARAK: Kebakaran hutan Eagle Bluff dilihat melintas sempadan di Washington di Amerika Syarikat, mencetuskan arahan berpindah di Osoyoos, British Columbia, Canada, pada 30 Julai. - Foto REUTERS
HADAPI BANJIR: Seorang lelaki berada di kawasan jalan rumahnya yang dinaiki air selepas hujan lebat melanda sebelum Taufan Michaung membadai Chennai, India, pada 3 Disember. Perubahan iklim dipercayai boleh menyebabkan taufan lebih dahsyat, yang membawa kepada hujan lebat serta mencetuskan banjir.
HADAPI BANJIR: Seorang lelaki berada di kawasan jalan rumahnya yang dinaiki air selepas hujan lebat melanda sebelum Taufan Michaung membadai Chennai, India, pada 3 Disember. Perubahan iklim dipercayai boleh menyebabkan taufan lebih dahsyat, yang membawa kepada hujan lebat serta mencetuskan banjir. - Foto AFP
SUNGAI KERING: Dasar sungai Doubs di Villers-le-Lac, sebuah bandar di timur Perancis, kering-kontang pada 4 Oktober akibat musim panas dengan suhu yang amat tinggi dan kekurangan hujan di kawasan tersebut.
SUNGAI KERING: Dasar sungai Doubs di Villers-le-Lac, sebuah bandar di timur Perancis, kering-kontang pada 4 Oktober akibat musim panas dengan suhu yang amat tinggi dan kekurangan hujan di kawasan tersebut. - Foto AFP
LINDUNGI AIS: Selimut digunakan untuk menutupi gua ais di glasier Rhone, di Obergoms, Switzerland, dalam usaha memperlahankan proses pencairan di tengah-tengah masalah perubahan iklim. Gambar diambil pada 26 September.
LINDUNGI AIS: Selimut digunakan untuk menutupi gua ais di glasier Rhone, di Obergoms, Switzerland, dalam usaha memperlahankan proses pencairan di tengah-tengah masalah perubahan iklim. Gambar diambil pada 26 September. - Foto REUTERS
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg