BEIJING: Meniadakan had tempoh perkhidmatan presiden akan melindungi kuasa Parti Komunis China (CCP) dan setiausaha agungnya, Presiden Xi Jinping, seorang pegawai kanan berkata kelmarin, yang mempertahankan langkah yang mencetuskan perdebatan luas di China dan negara lain.
Menjelaskan bahawa cadangan menghapuskan peraturan yang mengehadkan tempoh presiden dan naib presiden kepada dua penggal lima tahun, Naib Menteri Luar, Encik Zhang Yesui, berkata ia akan membawa piagam negara itu selaras dengan Perlembagaan CCP, yang tidak mempunyai had tempoh bagi setiausaha agung, dan dengan itu memperkukuh kepimpinan dua jawatan tersebut.