Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Vadai ke cucur udang? Kedai ‘The Original Vadai’ asal S’pura di Bukit Bintang tarik perhatian di M’sia

Oct 05, 2023 | 11:24 AM



KUALA LUMPUR: Vadai ke cucur udang?

Itulah yang menjadi perdebatan hangat warganet, setelah cawangan The Original Vadai, yang berasal dari Singapura, dibuka di Bukit Bintang baru-baru ini. Kedai itu merupakan cawangan pertama di Malaysia.

Video yang dimuat naik oleh Malaysia Speaks TikTok mengenai snek India yang dijual kedai itu tular dan mendapat hampir 300,000 tontonan.




@malaysianspeaks

Ngilu tengok orang gigit cili, tapi lepas try, sumpah min nak repeat lagi lepas ni kat @theoriginalvadaimy #theoriginalvadaimy #fyp #bestfoodinkl

♬ original sound - Malaysian Speaks - Malaysian Speaks



Kedai itu terkenal dengan beberapa jenis vadai termasuk vadai ikan bilis dan vadai udang. Video mengenai kedai baru itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Seorang pengguna TikTok Hema Jeremiah berkata: “Ini bukan vadai, ia cucur udang. Usah salah tafsir dan tukar resipi asal kami.”

Seorang lagi pengguna Vickneswary pula mempersoal adakah ia adalah vadai sebenar.

“Nampak sangat tu bukan vadai. Ini buat daripada tepung gandum. Vadai orang-orang India (diperbuat) daripada kacang ulunthu,” katanya.

Ada juga yang akur vadai Singapura dan Malaysia mungkin berlainan.

“Ramainya yang gaduh. Saya fikir vadai Singappura dan Malaysia lain kot.

“Dan hanya nama kedai dia The Original Vadai. Yang korang beriya sangat gaduh itu asal?” kata Izzah.

Awal sebelum ini, Berita Harian melaporkan suasana Bukit Bintang di Kuala Lumpur (KL) pada Ahad kelihatan lebih riuh daripada biasa dengan beberapa artis terkenal membuat penampilan di kawasan beli-belah popular itu seperti Aaron Aziz dan Nabila Huda.

Ia sebenarnya adalah acara khas pelancaran cawangan pertama The Original Vadai, di pusat beli-belah Lot 10 Bukit Bintang.

Sementara Aaron berjalan diiringi tarian singa, Nabila pula kelihatan lengkap dengan pakaian sari berwarna coklat, dengan rantaian berlian di atas dahinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >