Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vaksin Covid-19 percuma menanti rakyat Indonesia

Dec 17, 2020 | 5:30 AM
aebb203b-a8d8-4595-a642-c844e9543c75
-

JAKARTA: Di tengah-tengah kebimbangan rakyat tentang kes penularan Covid-19 yang semakin meruncing di Indonesia, Presiden Joko Widodo semalam mengumumkan bahawa semua rakyat Indonesia akan diberikan vaksin Covid-19 secara percuma, dengan beliau menjadi orang pertama untuk mendapatkannya.

Republik itu mencatatkan lebih 90,000 kes baharu koronavirus dalam dua minggu pertama bulan ini, sekali gus mengesahkan negara itu kini berdepan dengan penularan Covid-19 paling buruk (gambar).

"Saya ingin menekankan bahawa saya akan menjadi yang pertama menerima vaksin untuk membina kepercayaan dan kepastian bahawa vaksin ini selamat," kata beliau, yang berucap dari Istana Presiden dan disiarkan secara langsung di YouTube.

Kes-kes baharu melonjak pada kadar yang tidak terjangka di kawasan tumpuan penularan sedang jumlah kematian terus mencecah tiga angka untuk tiga minggu berturut-turut.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg