Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

VEP Malaysia ditangguh hingga tahun depan

Oct 09, 2019 | 05:54 PM



PUTRAJAYA - Malaysia hanya akan menguatkuasa Permit Masuk Kenderaan (VEP) paling awal pada 2020, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke pada Rabu (9 Oktober).



"Kami telah menangguhkan penguatkuasaan VEP kerana terdapat beberapa isu mengenai pemasangan RFID. Sistem itu tidak dapat menampung jumlah kereta dan kenderaan yang sepatutnya dilengkapi dengan RFID," katanya dalam satu sidang media, merujuk kepada teg pengenalan menggunakan frekuensi radio (RFID) yang diperlukan untuk VEP.



"Kami sedang dalam proses memuktamadkan mekanisme baru demi memudahkan proses semua kenderaan untuk memasang RFID. Kami akan mengumumkannya pada masa kemudian," katanya.



"Setakat ini, pelaksanaan (VEP) tidak akan dijalankan pada tahun ini, penguatkuasaannya besar kemungkinan akan bermula pada tahun depan. Kami akan memberi masa yang mencukupi bagi semua (yang terlibat) untuk bersedia," katanya.



Setelah VEP dikuatkuasakan, setiap kereta asing tanpa VEP masih akan dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi akan didenda apabila keluar daripada negara itu, menurut laporan The Straits Times.



VEP akan dikuatkuasakan di pusat pemeriksaan Johor Baru sebelum dikembangkan ke Tuas, kata Encik Loke.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >