KUALA LUMPUR: Ahli-ahli keluarga penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, meluahkan rasa kecewa berhubung penyebaran klip video lucah yang memaparkan seorang lelaki mirip ustaz popular itu.
Akhbar Utusan Malaysia menukil sebuah laman blog, Oh! Media, yang telah memaparkan cetakan skrin daripada laman Facebook anak sulung Ustaz Azhar, Cik Nur Madiha Asyikin, serta isteri pertamanya, Cik Rogayah Sulong, dan isteri kedua, Cik Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor.