Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vivian temu PM Anwar, tegas hubungan S'pura, M'sia

Jan 17, 2023 | 10:27 PM



MENTERI Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan telah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Selasa (17 Jan).



Kedua-dua pemimpin itu menegaskan semula hubungan lama yang baik antara kedua-dua negara tersebut, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataaan.



"Hubungan itu diperkukuh dengan sokongan berbalasan dan kerjasama antara kedua-dua negara, terutamanya sewaktu pandemik Covid-19," kata MFA.



Perdagangan dan pelaburan turut kekal berkembang sewaktu tempoh mencabar itu, tambah kementerian itu.



Dr Balakrishnan juga menyampaikan undangan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong kepada Datuk Seri Anwar untuk melawati Singapura pada hujung bulan ini.



Sebelum ini Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dalam satu kenyataan menyatakan Datuk Seri Anwar dijadual melawat Singapura hujung bulan ini, menjadikannya lawatan pertama beliau ke Singapura sebagai perdana menteri.



Dr Balakrishnan kini sedang berada dalam lawatan empat hari ke Malaysia hingga Rabu.



MFA juga berkata, beliau turut telah bertemu dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Pertahanan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Encik Nazmi Nik Ahmad.



"Para Menteri tersebut telah bersetuju untuk mempertingkat kerjasama dalam beberapa bidang, termasuk menyambung semula perhubungan sepenuh dan peluang baru dalam ekonomi digital dan pembangunan mapan," kata MFA lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >