Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vivian temu Presiden Brazil Lula, tekankan persahabatan kukuh Singapura-Brazil

Apr 20, 2023 | 08:51 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan bertemu Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dan kededua pemimpin menekankan persahabatan baik antara Singapura dengan Brazil, semasa kunjungan rasmi tiga hari Dr Balakrishnan ke negara Amerika Selatan itu.



Pada Selasa, Dr Balakrishnan bertemu Encik Lula di Istana Itamaraty, yang terletak di Brasilia, ibu kota Brazil, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalm kenyataannya pada Rabu.



“Mereka mengadakan perbincangan baik mengenai memperkukuh kerjasama dua hala dalam perdagangan dan pelaburan, prasarana, perubahan iklim dan tenaga pulih guna,” kata MFA.



“Mereka juga berbincang tentang isu serantau dan antarabangsa, dan bersetuju berhubung peri pentingnya Singapura dan Brazil bekerjasama untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa, keamanan dan kestabilan.”



Dr Balakrishnan juga bertemu Naib Presiden Brazil, Encik Geraldo Alckmin, yang juga Menteri Pembangunan, Perusahaan dan Perniagaan.



Encik Alckmin dan Dr Balakrishnan mengalu-alukan kerjasama yang kian bertambah antara Singapura dengan Brazil, menjelang pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Mercosur-Singapura yang dijadual pada lewat 2023, kata MFA.



FTA ini akan menambah peluang perniagaan dan memupuk penglibatan sektor swasta dalam kalangan Singapura, Brazil dan negeri lain dalam perikatan Mercosur. Mercosur ialah kumpulan perdagangan yang dibentuk beberapa negara Amerika Selatan, iaitu Brazil, Argentina, Paraguay dan Uruguay.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >