Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita di kota barat Afghanistan adakan bantahan, tuntut hak

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



HERAT (Afghanistan): Puluhan wanita berkumpul di Herat, kota di barat Afghanistan, kelmarin, sebagai bantahan terhadap pihak Taleban selain menuntut lebih banyak hak dan penyertaan dalam pemerintahan baru negara itu.



"Jangan takut," kumpulan wanita itu berteriak sedang mereka berjalan menuju ke pejabat gabenor, sambil memegang tanda, "Kita semua bersama."



Bandar Herat adalah salah satu tempat paling liberal di negara itu, dengan ribuan wanita muda di situ menghadiri universiti dan bekerja di luar rumah mereka sebelum kemenangan Taleban dua minggu lalu.



Walaupun Taleban telah menyatakan mereka menyokong hak wanita, banyak pihak tetap ragu.



Kali terakhir kumpulan itu memerintah negara itu, wanita dilarang mendapatkan pendidikan, kebanyakan pekerjaan dan hampir semua aspek kehidupan awam.



"Kami ingin menunjukkan kekuatan kami kepada Taleban," kata Cik Maryam, penganjur tunjuk perasaan itu.



"Sekiranya kita tinggal di rumah, kita tidak dapat menunjukkan kekuatan kita tetapi Taleban dapat mengenakan lebih banyak batasan kepada kita untuk mengetepikan kita daripada masyarakat dan politik secara perlahan-lahan," katanya.



Bantahan di Herat itu berlaku sehari selepas Sher Mohammed Abas Stanekzai, seorang pemimpin Taleban, memberitahu BBC (perkhidmatan Parsi) bahawa wanita tidak akan mempunyai kedudukan menteri dalam pemerintahan Taleban. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >