Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita AS disahkan 'mati' sebelum ditemui tercungap dalam beg mayat

Feb 04, 2023 | 06:18 PM



Seorang wanita berusia 66 tahun yang disahkan meninggal dunia oleh sebuah kemudahan penjagaan Alzheimer di Iowa,  didapati masih hidup selepas pekerja di rumah pengebumian membuka zip beg mayat dan mendapati beliau tercungap-cungap.



Pusat Penjagaan Khas Glen Oaks Alzheimer kini berdepan denda AS$10,000 ($13,235) kerana tersilap mengesahkan wanita itu mati, lapor The Washington Post pada Jumaat (3 Feb). 



Menurut laporan Jabatan Pemeriksaan dan Rayuan Iowa, seorang jururawat dari kemudahan penjagaan itu tidak dapat mengesan nadi wanita itu menggunakan stetoskopnya pada pukul 6 pagi pada 3 Januari. 



Kemudahan itu kemudiannya menghubungi keluarga wanita itu dan rumah pengebumian.



Apabila seorang jururawat dan pengarah pengebumian dari Rumah Pengebumian dan Krematorium Ankeny tiba untuk mengambil wanita itu, mereka melaporkan tiada tanda-tanda beliau masih bernyawa pada 7.38 pagi.



Bagaimanapun, selepas wanita itu dipindahkan ke rumah pengebumian, pekerja di sana mendapatinya telah bernafas.



Wanita itu dipindahkan semula ke kemudahan hospis, tetapi meninggal dunia dua hari kemudian pada 5 Januari. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >