Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Ecuador yang ‘mati hidup semula’ kini benar-benar mati

Jun 19, 2023 | 04:37 PM



QUITO: Kisah seorang wanita Ecuador lanjut usia – yang dikatakan “mati hidup semula” setelah dimasukkan di dalam keranda, kini benar-benar disahkan meninggal dunia, menurut pihak berkuasa di sini pada Ahad.


Rakaman video mengenai kejadian yang disebarkan melalui media sosial menunjukkan Cik Bella Montoya, 76 tahun, yang ‘disahkan’ meninggal dunia, masih bernafas semasa di dalam keranda sementara dua orang lelaki membantunya.

Anak lelakinya, Encik Gilbert Barbera, berkata ibunya mengetuk-ngetuk bahagian dinding keranda itu berusaha untuk keluar, semasa kaum keluarga sedang berada tidak jauh dari kerandanya.

Dipercayai, telah berlaku kesilapan dalam mengesahkan tentang kematian wanita itu.

Selepas kejadian tersebut, Cik Montoya dikejarkan ke hospital di bandar Babahoyo. Beliau kemudian meninggal dunia akibat angin ahmar pada Jumaat, kata jabatan kesihatan wilayah tersebut.

“Kali ini, ibu saya benar-benar meninggal dunia,” kata Encik Barbera dipetik akhbar setempat, El Universo.


Kementerian Kesihatan telah mengarahkan supaya dijalankan siasatan untuk memastikan bagaimana kesilapan serupa itu, yang pertama kali, boleh berlaku.

Menurut laporan akhbar setempat, Cik Montoya mengalami catalepsy – suatu keadaan tidak normal yang menyebabkan gangguan kesedaran, sikap dan otot tubuh. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >