Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita hamil yang disuntik vaksin turut dapat lindungi bayi

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Wanita hamil yang mengambil vaksin Covid-19 dapat memberi perlindungan itu kepada bayi mereka, menurut kajian baru di Israel.



Menurut penyelidikan yang dilakukan pada Februari, antibodi didapati di semua 20 wanita yang telah diberikan kedua-dua dos vaksin Pfizer / BioNTech pada trimester ketiga kehamilan mereka dan pada bayi baru lahir mereka, melalui uri.



"Penemuan kami menunjukkan bahawa vaksinasi wanita hamil dapat memberikan perlindungan ibu dan bayi daripada jangkitan Sars-CoV-2," kata kajian itu.



Penemuan kajian oleh para penyelidik dari Pusat Perubatan Universiti Hadassah di Jerusalem disiarkan bulan ini di medRxiv - perkhidmatan pengedaran dalam talian untuk penyelidikan yang belum diterbitkan dan belum ditinjau, lapor media Israel, Jerusalem Post pada Selasa.



Penulis mencatat skala kecil kajian itu dan mengatakan penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk mendapat tahu lebih lanjut kesan vaksinasi pada tahap kehamilan yang berlainan, dan keselamatan dan keberkesanan vaksin yang berlainan kini tersedia.



Salah seorang penyelidik, Dana Wolf, mengatakan bahawa pasukannya kini akan mulai memerhatikan berapa lama antibodi yang dipicu oleh vaksinasi itu akan bertahan pada bayi.



Pfizer Inc dan BioNTech SE mengatakan bulan lalu mereka telah memulakan kajian sukarela antarabangsa seramai 4,000 orang untuk menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19 mereka pada wanita hamil yang sihat.



Percubaan ini juga akan menilai sama ada wanita hamil yang diberi vaksin memindahkan antibodi pelindung kepada bayi mereka.



Dalam satu kajian di Amerika Syarikat yang berlainan minggu lalu telah memuatnaik kajian mereka dan sedang menunggu tinjauan, antibodi yang diberikan kepada wanita hamil dari vaksin mRNA Covid-19, seperti suntikan Pfizer / BioNTech dan Moderna Inc, dipindahkan ke bayi melalui plasenta atau susu ibu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >