Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita Indonesia ditemui lengkap berpakaian dalam perut ular

Jun 11, 2024 | 1:39 PM
Seekor ular sawa telah menelan seorang wanita di Indonesia di wilayah Sulawesi Selatan
Seekor ular sawa telah menelan seorang wanita di Indonesia di wilayah Sulawesi Selatan - Foto PIXABAY MANFREDRICHTER

Seorang wanita warga Indonesia berusia 45 tahun yang hilang pada malam 6 Jun ditemui mati di dalam perut ular sawa pada keesokan harinya.

Ketua kampung Encik Suardi Rosi memberitahu agensi AFP bahawa usaha mencari Cik Farida, ibu kepada empat anak, dilakukan selepas beliau gagal pulang ke rumah.

Suami Cik Farida dan penduduk kampung Kalempang di wilayah Sulawesi Selatan menemuinya pada keesokan harinya di dalam ular sawa yang tertangkap itu.

Suaminya mula mengesyaki sesuatu selepas menemui barang-barangnya, dan tidak lama selepas meninjau kawasan sekitar, mereka ternampak seekor ular sawa dengan perut yang besar.

Ular sawa itu adalah kira-kira lima meter panjangnya.

Apabila perut ular sawa itu dipotong terbuka, Cik Farida ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian di dalam perut ular itu.

Beberapa kes serupa telah muncul di Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Mac 2017, seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui mati di dalam perut ular sawa sepanjang tujuh meter selepas bertolak untuk menuai kelapa sawit di sebuah kampung terpencil.

Pada Oktober 2022, seorang wanita berusia 54 tahun juga ditemui di dalam perut ular sawa sepanjang 6.7 meter.

Laporan berkaitan
Kembara jejak ular di BaliMay 27, 2024 | 2:42 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg