JAKARTA: Seorang wanita berusia 66 tahun mati dibaham buaya besar di pulau Sumatra, menurut polis hari ini.
Keluarga dan jiran wanita warga Indonesia tersebut melancarkan usaha mencarinya selepas beliau tidak pulang ke rumah selepas mengunjungi taman tepi sungai di kampung Teluk Kuali di Jambi awal minggu ini.
Penduduk tempatan mengesyaki bahawa beliau telah diserang selepas melihat buaya besar berdekatan bot yang mengandungi barang kepunyaan wanita tersebut, menurut polis.
“Penduduk menemui badan mangsa yang sudah tidak bernyawa di tepi sungai tersebut,” jurucakap polis Jambi, Kuswahyudi Tresnadi, memberitahu AFP.
Buaya itu telah menelan bahagian bawah badan mangsa dan juga kededua tangannya, menurut Tresnadi.