Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita mengaku tidak tahu sumber $711j dalam 3 akaun bank koperat firmanya

Mar 5, 2025 | 6:53 PM
Seorang wanita mengaku di mahkamah bahawa dia tidak mengetahui sumber ratusan juta dolar yang dipindahkan ke dalam tiga akaun bank korporat firmanya.
Seorang wanita mengaku di mahkamah bahawa dia tidak mengetahui sumber ratusan juta dolar yang dipindahkan ke dalam tiga akaun bank korporat firmanya. - Foto Fail ST

Seorang wanita mengaku di mahkamah bahawa dia tidak mengetahui sumber ratusan juta dolar yang dipindahkan ke dalam tiga akaun bank korporat firmanya.

Pada 5 Mac lalu, Zin Nwe Nyunt, 58 tahun, mengaku bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan seorang lelaki warga Myanmar, yang merupakan rakan zaman kanak-kanak suaminya, untuk menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan pembayaran di Singapura tanpa lesen.

Menurut The Straits Times, wanita Singapura itu akan dijatuhkan hukuman pada 1 April.

Selepas menggabungkan firma dagangan borong, dipanggil Unione, dan membuka tiga akaun bank korporatnya, dia memperoleh “komisen” berjumlah lebih $170,000.

Nyan Win, lelaki yang bekerja dengannya, menerima lebih $110,000 dalam “komisen”. Penduduk tetap Singapura berusia 60 tahun itu sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan serupa dan dia akan dijatuhkan hukuman pada 24 April.

Secara keseluruhan, akaun bank Unione menerima lebih AS$531 juta ($711 juta) pada 2020 dan 2021.

Kesalahan itu terbongkar pada Ogos 2021 apabila polis menerima maklumat bahawa mangsa penipuan pelaburan Australia telah memindahkan AS$1.8 juta ke beberapa akaun bank yang diselenggara oleh syarikat di Singapura.

Tiga daripada syarikat itu kemudiannya memindahkan lebih $480,000 ke akaun bank milik Unione.

Pada 2019, seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Ko Phillip, yang “menjalankan perniagaan komoditi”, memberitahu Nyan Win, bahawa dia sedang mencari seseorang untuk memperbadankan sebuah syarikat di Singapura untuk membantu dalam operasi perniagaannya.

Syarikat di Singapura kemudiannya akan membuka akaun bank korporat untuk menerima dan memindahkan dana atas arahan Ko Phillip.

Di bawah aturan itu, dia menawarkan Nyan Win komisen 0.5 kyat Myanmar ($0.0003) untuk setiap AS$1 yang diterima.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ryan Lim memberitahu mahkamah bahawa “Zin, Nyan Win, dan Unione tidak mempunyai lesen yang sah daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan bukan penyedia khidmat pembayaran terkecuali”.

Antara Julai 2020 dengan April 2021, Nyan Win menggunakan akaun baru untuk menerima lebih AS$250 juta sebelum wang itu dipindahkan.

DPP Lim berkata antara 18 Ogos 2020 dengan 24 Mac 2021, akaun bank ketiga telah digunakan untuk menerima lebih AS$127 juta dan lebih AS$119 juta telah dipindahkan keluar.

Kesalahan itu terbongkar pada Ogos 2021, selepas itu Zin dan Nyan Win didakwa di mahkamah pada 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg