Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita meracau ketika daki bukit bersama keluarga

Sep 08, 2023 | 11:16 AM



KUALA LANGAT – Pendakian enam sekeluarga di Bukit Jugra Trail, Banting di sini bertukar detik cemas apabila salah seorang daripada mereka meracau dan dipercayai diganggu makhluk halus pada Ahad (3 Sep).

Mangsa merupakan wanita berusia dalam lingkungan 20an tahun dan dikatakan meracau sebelum ahli keluarganya menghubungi bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 12.24 tengah hari.

Enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting terlibat dalam operasi penyelamatan.

“Siasatan mendapati wanita itu mendaki bukit tersebut bersama lima ahli keluarganya. Selepas mendaki sejauh tiga kilometer (km), mangsa dipercayai meracau dipercayai dirasuk makhluk halus,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah bahawa pihaknya membawa turun mangsa dengan menggunakan alat pengusung. Wanita itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Operasi memakan masa selama sejam dan mangsa diserahkan kepada keluarga bagi tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >