Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Hampir maut daki Gunung Everest

Jun 12, 2023 | 01:54 PM



Kalau tidak kerana seutas tali keselamatan yang telah dicangkuknya, sudah pasti naywa Cik Nur Yusrina Ya’akob melayang apabila beliau terjatuh dari permatang Gunung Everest.

Cik Nur Yusrina, 36 tahun, merupakan wanita Islam pertama dari Singapura yang berjaya menakluki Gunung Everest pada 2017.

Berkongsi kisahnya dalam satu wawancara eksklusif bersama Berita Harian, Cik Yusrina berkata kejadian yang hampir meragut nyawanya berlaku di sudut Hillary Step ketika beliau dan rakan-rakannya sedang turun dari puncak Gunung Everest.

“Saya menjerit! Tiba-tiba, tanpa sebarang amaran, saya terjatuh dan tergantung di udara, badan saya terpusing-pusing.

“Saya menjerit sekuat hati untuk melepaskan kejutan. Badan mula menggigil. Kalau tidak kerana tali keselamatan itu, sudah tentu saya tiada lagi,” ujar Cik Yusrina.

Menurut Cik Yusrina, misi untuk mencapai puncak Gunung Everest bukan sesuatu yang boleh diambil dengan remeh.

Malah, banyak persiapan yang harus dilakukan dari segi fizikal dan mental, disamping melengkapkan diri dengan sumber yang betul, membawa peralatan komunikasi yang canggih dan mendapatkan sokongan baik daripada sherpa atau malim gunung Nepal.

Dari segi fizikal, pendaki harus “cergas untuk mengangkat barang berat dan boleh mendaki di altitud yang tinggi”.

“Semakin kita mendaki, bekalan oksigen akan berkurangan, sekali gus mengurangkan jumlah oksigen yang masuk ke paru-paru dan otot kita.

“Ini akan mengurangkan keberkesanan badan kita. Jika kita tidak kuat secara fizikal pada mulanya, ia akan menjadi lebih sukar untuk mendaki dan mengimbangi defisit ini,” kata Cik Yusrina.

Dari segi mental pula, ia bukan sesuatu yang boleh dilatih sekadar beberapa bulan sebelum mendaki Gunung Everest. Mengongsi pengalamannya, persiapan mental memakan masa bertahun untuk dibina.

Pendaki harus terdedah kepada pelbagai rupa bumi, altitud dan situasi pendakian untuk membina daya mental yang kuat sebelum mengharungi cabaran yang menanti di Gunung Everest.

Ini termasuk mendaki gunung-gunung yang lebih rendah dahulu, dan secara berperingkat, mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.

“Saya mula mendaki sejak lewat remaja. Bertahun saya berlatih meraih pengalaman mendaki di Malaysia, Indonesia dan kemudian mendedahkan diri kepada gunung beraltitud tinggi,” kata Cik Yusrina.

Namun, persiapan diri hanya sebahagian dari cabaran yang harus diatasi. Menurut Cik Yusrina, pendaki juga harus peka tentang cabaran-cabaran yang bakal menanti di Gunung Everest, untuk mengelak sebarang kejadian yang boleh meragut nyawa.

“Saya melihat beberapa mayat yang dibiarkan di sana semasa dalam perjalanan naik dan turun, antara Kem 4 dan puncak.

“Ada mayat yang masih segar, baru sahaja meninggal dunia beberapa hari sebelumnya. Ada pula yang jelas telah ditinggalkan di sana beberapa tahun memandangkan perubahan warna pakaiannya,” kata Cik Yusrina.

Menurut laporan dari agensi pelancongan Nepal, seramai 12 pendaki telah meninggal dunia, manakala lima lagi masih hilang di gunung yang setinggi 8,848 metre itu pada awal tahun ini sahaja.

Baru-baru ini, dilaporkan juga bahawa seorang pendaki Malaysia Encik Ravichandran Tharumalingam terkandas di ‘zon maut’ Gunung Everest dan terpaksa diselamatkan oleh seorang sherpa.

Seorang lagi pendaki warga Singapura yang berpengalaman, Encik Shrinivas Sainis, terkandas di gunung itu pada 19 Mei, dan sehingga kini, masih tidak dapat ditemui oleh pasukan keselamatan.

Bagi Cik Yusrina, cabaran Gunung Everest bermula dari Khumbu Icefall sehingga mereka mencapai puncak. Ini termasuk mengharungi kesejukan yang melampau, cuaca panas yang membahang, bongkah ais yang tercabut, tahap oksigen yang rendah dan rupa bumi yang tidak menentu.

“Di Khumbu Icefall, ramai pendaki akan mendaki di tengah malam apabila cuaca paling sejuk. Pada masa itulah bongkah ais itu paling stabil.

“Sekiranya bongkah ais pecah atau jatuh, bongkah-bongkah yang lain akan jatuh juga. Oleh itu, pendaki akan cuba sedaya upaya untuk mendakinya secepat mungkin untuk mengelak risiko mendapat penyakit ketinggian,” tambahnya.

Selain itu, Yellow Band, Geneva Spur dan juga ‘zon maut’ merupakan cabaran-cabaran besar yang harus diharunginya.

“Yellow Band dan Geneva Spur merupakan muka batu yang pendaki harus mengatasi dengan tangan dan kaki sendiri. Mereka harus melakukannya dalam cuaca yang amat sejuk.

“Di ‘zon maut’ pula, ia dijangkakan bahawa kehidupan tidak mampan pada ketinggian ini. Semakin lama seseorang berada di ketinggian ini, semakin dekat orang itu dengan kematian.

“Saya buka topeng oksigen buat seketika, dah mula berasa pening. Saya terpaksa memakainya semula walaupun sedang berehat,” kata Cik Yusrina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >