Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Amerika lemas semasa lamar temanita

Sep 23, 2019 | 06:35 PM



NAIROBI - Seorang lelaki warga Amerika mati lemas semasa menyelam kerana mahu  melamar temanitanya, di sebuah pulau resort yang mewah di Tanzania, menurut kenyataan resort tersebut pada Ahad (22 September).



Temanitanya, Cik Kenesha Antoine, telah memuat naik rakaman video lamaran oleh teman lelakinya, Encik Steven Weber di Facebook, yang melamarnya menerusi tingkap bilik hotel di bawah air mereka di Manta Resort di Zanzibar.



Cik Kenesha turut menulis pos "Awak tidak muncul dari dalam air, lantas tidak dapat mendengar jawapan saya, 'Ya! Ya, sejuta kali, ya, saya akan berkahwin dengan awak!!'," dalam pos yang mengesahkan kematian Encik Weber.



Tidak jelas apa yang berlaku semasa pelamaran di Pulau Pemba itu, yang juga merupakan destinasi bulan madu yang popular.



Ketua Pegawai Eksekutif Manta Resort, Encik Matthew Saus, memberitahu Agensi Perancis-Presse (AFP) dalam satu emel bahawa seorang lelaki yang menginap di hotel tersebut mati lemas apabila menyelam tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pernafasan di luar bilik hotelnya yang terletak di bawah air, pada Khamis (19 September).



Kemalangan itu sedang disiasat oleh pihak polis Zanzibar. -Agensi Perancis-Presse (AFP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >