Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LINGKARAN ASIA

Warga JB tanpa kerja nanti derma makanan di tengah bandar

Ramai pilih tinggal di tepi jalan selepas hilang pekerjaan di Singapura
Feb 08, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Sekali pandang, kehadiran mereka tidak begitu terperasan dalam kesunyian dan kesepian yang menyelubungi Johor Bahru (JB) sejak kerajaan Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januari lalu.



Namun, di beberapa sudut bandar raya yang dulunya sibuk dengan kegiatan perniagaan dan tempat lalu-lalang penduduk setempat, pekerja yang berulang-alik dari Singapura, pelancong dan sesak dengan kenderaan itu terdapat tangan-tangan yang menanti sumbangan makanan dan apa sahaja habuan daripada mereka yang bersimpati.



Akhbar New Straits Times berkata kehadiran penduduk setempat yang mengharap simpati orang ramai itu mula dikesan pada awal bulan lalu apabila mereka mula berkumpul di depan perhentian bas di Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) lama.



The Star pula membuat laporan susulan yang mengatakan bahawa sebilangan besar mereka yang berada di sana terdiri daripada mereka yang kehilangan pekerjaan di Singapura.



Beberapa kumpulan lagi juga dapat dilihat di tempat letak kereta Laman Tun Sri Lanang dan di depan barisan kedai di Jalan Ibrahim.



Menurut The Star, bilangan mereka yang bergelandangan ini meningkat sejak PKP pertama dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu.



Apabila didekati, keperitan hidup gara-gara pandemik Covid-19 jelas terpapar pada wajah-wajah mereka, sesuatu yang tidak dapat disembunyi-sembunyikan lagi.



Apabila ditanya apa yang beliau buat berada pagi-pagi di perhentian bas itu, seorang lelaki berusia 72 tahun yang pernah bekerja dalam sektor pengangkutan di Singapura berkata beliau diberhentikan kerja pada Mac tahun lalu gara-gara Covid-19.



"Keluarga saya meninggalkan saya sebab saya tidak bekerja lagi," kata warga senja itu sambil menambah bahawa beliau kini tidak mempunyai tempat tinggal.



Beliau membersihkan diri di sebuah tandas di pusat beli-belah berdekatan setiap hari, katanya.



"Ada orang yang baik hati beri saya makan," tambah lelaki itu tanpa mahu berbual panjang kerana berasa terlalu sedih untuk menceritakan nasib yang menimpanya.



Seorang bekas pengawal keselamatan, Encik Hoon Chin Ping, 52 tahun, berkata beliau berhenti kerja dan pulang ke Johor Mac tahun lalu kerana menyangka PKP yang dikuat kuasakan kerajaan Malaysia hanya sebulan.



Beliau masih mempunyai rumah sewa tetapi pergi ke bandar setiap hari dengan bas dari flatnya di Stulang untuk mendapatkan makanan percuma daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bermurah hati kerana beliau masih menganggur.



"Saya mendengar tentang makanan percuma daripada jiran saya. Saya biasanya menaiki bas percuma yang disediakan kerajaan negeri dan sampai di Jalan Tun Abdul Razak pada 11 pagi untuk mendapatkan sebungkus makanan percuma," katanya ketika ditemu bual StarMetro.



"Saya pulang ke rumah selepas makan tengah hari dan kembali lagi sekitar 4 petang untuk mengambil paket makanan untuk makan malam sebelum pulang pada 8 malam, apabila perkhidmatan bas percuma tamat."



Menurut Encik Hoon, beberapa NGO juga menghadiahkan biskut, roti, minuman dan barang keperluan seperti tuala, produk kebersihan, pelitup dan pembersih tangan.



Kunjungan ke tempat teksi di Jalan Tun Abdul Razak mendedahkan sebilangan penduduk di sana tahu bila makanan percuma akan diedar.



Beliau, yang berasal dari Perak, berkata rata-rata penduduk yang menantikan makanan di situ boleh menjangkakan antara tujuh dengan lapan paket makanan percuma sehari.



"Ini boleh memenuhi keperluan sarapan, makan tengah hari, makan malam dan sajian ringan sebelum waktu tidur saya. Jadi saya hanya perlu menggunakan simpanan saya daripada pekerjaan saya sebelumnya di Singapura untuk membayar sewa bulanan RM124 ($41) bagi flat saya," jelasnya.



Seorang lagi yang menunggu makanan percuma di perhentian bas dekat Stesen KTM lama ialah Cik Emanina Baharom, 45 tahun, yang kehilangan pekerjaan setelah kilang di Singapura tempat beliau bekerja ditutup.



Beliau mendakwa biasa mendapat gaji sebanyak $2,000 sebulan sebagai pekerja pengeluaran.



"Saya tidak dapat mencari pekerjaan yang dapat membayar apa yang biasa saya pernah perolehi, tetapi saya telah memohon kerja di beberapa kilang di Taman Desa Cemerlang," katanya. "Setakat ini, saya tidak mendapat jawapan daripada mereka."



Seorang rakan, yang memahami keadaannya, membenarkan beliau tinggal secara percuma di rumahnya.



"Saya juga mempunyai beberapa saudara di Singapura yang menghantar wang dari masa ke masa. Paling tidak saya tidak perlu risau tentang makanan kerana saya boleh mendapatkannya secara percuma di sini, " tambahnya. - Agensi berita




"Saya mendengar tentang makanan percuma daripada jiran saya. Saya biasanya menaiki bas percuma yang disediakan kerajaan negeri dan sampai di Jalan Tun Abdul Razak pada 11 pagi untuk mendapatkan sebungkus makanan percuma.

Saya pulang ke rumah selepas makan tengah hari dan kembali lagi sekitar 4 petang untuk mengambil paket makanan untuk makan malam sebelum pulang pada 8 malam, apabila perkhidmatan bas percuma tamat."

- Encik Hoon Chin Ping, bekas pengawal keselamatan yang bekerja di Singapura selama lebih 10 tahun. Beliau berhenti kerja dan pulang ke Johor Mac tahun lalu kerana menyangka Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya sebulan.




"Saya tidak dapat mencari pekerjaan yang dapat membayar apa yang biasa saya pernah perolehi, tetapi saya telah memohon kerja di beberapa kilang di Taman Desa Cemerlang. Setakat ini, saya tidak mendapat jawapan daripada mereka.

Saya juga mempunyai beberapa saudara di Singapura yang menghantar wang dari masa ke masa. Paling tidak saya tidak perlu risau tentang makanan kerana saya boleh mendapatkannya secara percuma di sini."

- Cik Emanina Baharom, yang diberhentikan kerja selepas kilang tempat beliau bekerja di Singapura tutup. Beliau, yang pernah menikmati gaji $2,000 sebulan sebagai pekerja pengeluaran, kini menumpang di rumah seorang rakan dan mengharap sumbangan makanan di bandar Johor Bahru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >