Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Warisan harap dapat kerusi parlimen persekutuan pertama atas rekod Shafie

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dengan Parti Warisan bersedia untuk membuat penampilan sulungnya di kerusi persekutuan Pandan di Selangor pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), parti itu mengharapkan rekod prestasi presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, meyakinkan pengundi supaya memilih parti itu.



Mengakui halangan yang dihadapi parti berpangkalan di Sabah itu untuk mencipta kejayaan di semenanjung, timbalan pengerusi Warisan Selangor dan Kuala Lumpur, Encik Bryan Lai Wai Chong, berkata tempoh 28 bulan Datuk Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah harus meyakinkan rakyat Malaysia tentang cita-cita parti itu.



"Kita memerlukan seseorang yang boleh membawa sama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama demi perjuangkan pembangunan ekonomi kita... kerana itulah yang amat penting setelah melalui keadaan pandemik Covid-19, di mana kita telah melihat ramai yang terjejas," katanya, lapor akhbar Malaysia Malay Mail.



Beliau menegur parti pembangkang lain kerana tidak banyak melakukan sesuatu selain mengadakan bantahan di jalan raya.



Encik Lai berkata yang diperlukan rakyat dan peniaga sekarang ialah huraian jelas bagi masalah ekonomi yang sedang dihadapi.



"Warisan boleh menyediakan huraiannya. Kita ada Datuk Shafie, yang mempunyai jejak kelakonan yang baik selaku ketua menteri. Kita bukan hanya berharap," ujarnya kepada Malay Mail dalam satu wawancara baru-baru ini, bak merujuk kepada gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH).



Bekas anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu, yang sekarang Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, juga menyuarakan keyakinan beliau bahawa pengundi akan membuat pilihan berdasarkan kelakonan menyeluruh seseorang calon dan bukan berdasarkan lambang parti sahaja.



"Kami telah bekerja sejak May 2018 di sini hinggalah ke hari ini. Jadi apabila orang bertanya saya apakah cukup setakat berkempen selama dua minggu di sini, saya memberitahu mereka sebenarnya tempoh saya berkempen ialah empat tahun," katanya sambil menambah bahawa penduduk kawasan undi Teratai, termasuk kejiranan bersebelahannya, telah biasa dengan kerja yang beliau lakukan di situ.



Selepas PRU 2018, Warisan bekerjasama secara tidak langsung dengan PH bagi menubuhkan sebuah pentadbiran persekutuan dan juga kerajaan Sabah.



Bagaimanapun, selepas Gerakan Sheraton 2020, hubungan antara Warisan dengan PH, terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR), renggang apabila Datuk Shafie menyarankan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.



Itu, kata Encik Lai, menggugat persaingan antara dua pemimpin pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika itu.



Antara Julai dengan September 2020, satu krisis politik berlaku di Sabah apabila Barisan Nasional (BN) dan Warisan mendakwa masing-masing mempunyai bilangan majoriti untuk membentuk kerajaan.



Kejadian itu mengakibatkan Dun Sabah dibubar dan pilihan raya negeri tergempar diadakan.



Pilihan raya itu membawa kepada perubahan dalam kerajaan Warisan pimpinan Datuk Shafie, apabila perikatan Gabungan Rakyat Sabah - terdiri daripada parti-parti Perikatan dan BN - meraih kemenangan tipis.



Sejak itu, Warisan terus menjauhi PH, membawa kepada langkah mengembangkan sayapnya hingga ke persekutuan dan memuncak dengan pengisytiharannya bahawa ia akan bertanding di semua kerusi persekutuan di Sabah semasa PRU15, sekali gus mengetepikan kerjasama dengan bekas sekutunya.



Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tanggal 5 November sebagai hari penamaan calon dan PRU ke-15 pada 19 November 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >