Washington, Beijing ikrar cari 'ruang persamaan'

BEIJING: Presiden China Xi Jinping dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson berikrar bahawa kededua adikuasa dunia itu akan bekerjasama bagi memperkukuh hubungan yang tegang dek tengkarah berkaitan Korea Utara dan perdagangan.

Encik Xi mengadakan pertemuan dengan Encik Tillerson di Beijing hanya beberapa jam setelah Korea Utara 'menguji' keutuhan hubungan Amerika-China dengan melancarkan ujian enjin roket di tengah-tengah rundingan bagi pertemuan Presiden Xi dan Presiden Donald Trump di Washington bulan depan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan