Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO enggan tinggalkan Bandar Gaza di sebalik arahan Israel

Sep 11, 2025 | 12:56 PM
gaza, israel, palestin
Kanak-kanak Palestin mencari barangan yang masih boleh digunakan di tapak pelupusan sampah, ketika operasi ketenteraan Israel berterusan, di tengah Jaluran Gaza pada 10 September. - Foto REUTERS

GENEVA: Badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada 10 September bahawa para pekerjanya akan tetap kekal di Bandar Gaza di sebalik gesaan tentera Israel supaya orang ramai melarikan diri daripada serangan yang semakin meningkat di sana.

“Kepada orang awam di Gaza: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan kongsinya akan tetap kekal di Bandar Gaza,” kata badan itu menerusi platform X.

Tentera Israel memperhebatkan serangan ke atas bandar Gaza – pusat bandar utama di Jaluran Gaza yang dikepungnya – dengan matlamat untuk merampas bandar itu.

Minggu ini, ia memberi amaran kepada orang awam supaya segera meninggalkan bandar yang dikatakan kubu terakhir Hamas.

PBB menganggarkan kira-kira satu juta rakyat Palestin tinggal di dalam dan sekitar Bandar Gaza.

“Siapa yang tidak terkejut dengan arahan pemindahan terkini,” kata ketua agensi PBB, Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, menerusi X.

Beliau berkata desakan Israel supaya satu juta penduduk di bandar itu melarikan diri ke kawasan yang disebut Israel sebagai “zon kemanusiaan” di selatan Jaluran Gaza adalah tidak dapat dilaksanakan.

“Zon itu tidak luas saiznya dan tidak mempunyai skala perkhidmatan untuk menyokong mereka yang sedia tinggal di sana apatah lagi pendatang baru,” katanya.

Encik Tedros menegaskan bahawa separuh daripada hospital yang masih berfungsi di Jaluran Gaza berada di Bandar Gaza, dan “sistem kesihatan yang lumpuh di wilayah itu tidak mampu kehilangan kemudahan yang masih ada”.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa supaya “bertindak,” dengan senada menyatakan bahawa “malapetaka di Gaza adalah buatan manusia, dan tanggungjawab terletak pada kita semua”.

Israel telah melancarkan operasi serangan di Gaza sejak Oktober 2023, berikutan serangan mengejut Hamas ke atas selatan Israel.

Serangan Hamas itu mengakibatkan sekitar 1,219 orang terbunuh dan sekitar 250 yang lain ditawan sebagai tebusan.

Serangan balas dan berterusan Israel sehingga kini telah membunuh lebih 64,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, menurut angka dari kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan oleh Hamas.

Malah, serangan Israel itu hampir memusnahkan sebahagian besar Gaza dan menyebabkan krisis kemanusiaan termasuk kebuluran di wilayah Palestin yang dikepung itu.

PBB baru-baru ini mengisytiharkan masalah kebuluran semakin buruk di Gaza di sebabkan semakin kurang bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk atau disekat oleh tentera Israel.

Bagaimanapun, Israel menafikan dakwaan PBB itu. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg