Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO gesa negara percepat capai perjanjian global elak pandemik baru

Jan 31, 2024 | 5:15 PM
Seorang pekerja kesihatan menyuntik seorang wanita dengan suntikan vaksin Inavac untuk Covid-19 di pejabat kesihatan wilayah Jakarta pada 19 Disember 2023 sedang pemimpin dunia digesa supaya segera mencapai persetujuan baru untuk menangani pandemik pada masa hadapan yang dijangka berulang.
Seorang pekerja kesihatan menyuntik seorang wanita dengan suntikan vaksin Inavac untuk Covid-19 di pejabat kesihatan wilayah Jakarta pada 19 Disember 2023 sedang pemimpin dunia digesa supaya segera mencapai persetujuan baru untuk menangani pandemik pada masa hadapan yang dijangka berulang. - Foto AFP

GENEVA: Pemimpin dunia yang masih teragak-agak digesa supaya mempercepat usaha menyetujui satu perjanjian global bagi mengelak bencana pandemik baru – empat tahun selepas Covid-19 diisytihar satu sebagai darurat antarabangsa.

Negara dunia telah memerlukan lebih dua tahun untuk menghasilkan satu perjanjian bagi memastikan mereka lebih bersedia dalam menangani, atau mengelak, pandemik seterusnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang dianggotai 194 negara, mahu satu perjanjian dimuktamadkan menjelang Mei 2024 apabila mereka mula memulakan rundingan pada Disember 2021. Pada masa itu, korban Covid-19 dijangka mencecah jutaan jiwa dan sistem kesihatan telah lumpuh.

Tetapi momentum untuk menghasilkan satu perjanjian sudah reda, masa semakin suntuk dan negara masih bertelagah.

Lembaga eksekutif WHO mendengar pada minggu lalu bahawa negara Eropah mahu lebih banyak wang dilabur dalam pencegahan pandemik. Negara Afrika pula mahu pengetahuan dan pendanaan untuk menjadikannya berfungsi, termasuk akses lebih besar kepada vaksin dan rawatan.

Panel Bebas bagi Persediaan dan Respons Pandemik, yang diketuai mantan perdana menteri New Zealand Helen Clark, dan mantan presiden Liberia Ellen Johnson Sirleaf, menyarankan pada Mei 2021 supaya diwujudkan satu perjanjian pandemik baru.

Cik Clark, Cik Sirleaf dan beberapa mantan ketua negara yang lain mengeluarkan surat pada 30 Januari, menyeru agar lebih banyak tindakan diambil.

“Ada tanda-tanda kebuntuan yang membimbangkan dalam beberapa isu yang menjadi nadi satu sistem antarabangsa yang transformatif dan saksama untuk menyediakan persiapan dan respons terhadap pandemik.

“Ancaman pandemik baru tidak dapat dielak. Pandemik baru boleh berlaku – jika kita bertindak sekarang,” ujar mereka sambil memberi amaran.

Dengan hanya dua sesi perbincangan selama dua minggu dirancang sebelum tarikh akhir, mereka yang menandatangani surat itu menggesa pemimpin dunia supaya memeterai “satu perjanjian pandemik yang berkesan dan mengikat secara sah”.

Perjanjian baru itu mesti menjamin semua negara “ada kapasiti untuk mengesan, memberi amaran, dan membendung ancaman pandemik, dan alat serta cara yang diperlukan untuk melindungi kesihatan serta kesejahteraan ekonomi dan sosial rakyat”, kata mereka. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg