WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo sebagai darurat kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa.

Agensi itu berkata wabak di wilayah Ituri timur Congo, yang menyaksikan sekitar 246 kes yang disyaki dan 80 kematian dilaporkan, tidak memenuhi kriteria darurat pandemik.