Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO capai perjanjian bagi tangani pandemik masa depan

Apr 16, 2025 | 1:25 PM
Rundingan bertahun-tahun di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berakhir pada 16 April apabila negara-negara bersetuju dengan teks perjanjian mercu tanda bagi menangani pandemik masa depan.
Rundingan bertahun-tahun di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berakhir pada 16 April apabila negara-negara bersetuju dengan teks perjanjian mercu tanda bagi menangani pandemik masa depan. - Foto AFP

GENEVA: Rundingan selama bertahun-tahun memuncak pada 16 April apabila negara-negara bersetuju dengan teks perjanjian mercu tanda bagi menangani pandemik masa depan.

Ini sekali gus mengelakkan kesilapan yang dibuat semasa krisis Covid-19 melanda.

Selepas lebih daripada tiga tahun berbincang dan sesi maraton terakhir, perwakilan yang letih di ibu pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mencapai persetujuan sekitar 2 pagi 16 April.

“Negara-negara di dunia mencipta sejarah di Geneva hari ini (16 April),” kata ketua WHO Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan.

“Dalam mencapai konsensus mengenai Perjanjian Pandemik, mereka bukan sahaja mewujudkan perjanjian untuk menjadikan dunia lebih selamat, mereka juga telah menunjukkan bahawa multilateralisme masih hidup dan sihat.

“Dan di sebalik dunia kita yang berpecah, negara-negara masih boleh bekerjasama untuk mencari titik persamaan, dan tindak balas bersama terhadap ancaman bersama,” tambah beliau.

Menurutnya, lima tahun selepas Covid-19 meragut nyawa berjuta-juta orang dan memusnahkan ekonomi, rasa mendesak yang semakin meningkat tergantung kepada perbincangan pada ketika ancaman kesihatan baharu daripada selesema burung H5N1 hingga penyakit campak dan Ebola merebak,

Rundingan terakhir juga berlaku ketika pemotongan perbelanjaan bantuan asing Amerika Syarikat dan mengancam tarif ke atas farmaseutikal yang menimbulkan bayangan baru terhadap rundingan itu.

Sehingga saat-saat akhir, perselisihan faham telah berlarutan dalam beberapa isu.

Perunding berdepan kebuntuan berhubung Perkara 11 dalam perjanjian itu, yang merangkumi isu pemindahan teknologi bagi produk kesihatan ketika pandemik, menurut sumber kepada AFP.

Semasa pandemik Covid-19, negara miskin menuduh negara kaya menyorok vaksin dan ujian.

Negara-negara yang mempunyai industri farmaseutikal yang besar telah menentang dengan keras idea pemindahan teknologi mandatori, dengan menegaskan mereka boleh melakukannya secara sukarela.

Nampaknya halangan pemindahan teknologi boleh diatasi dengan menambah bahawa sebarang pemindahan perlu “dipersetujui bersama.” Pada akhirnya, perjanjian setebal 32 muka surat itu telah diluluskan sepenuhnya oleh negara anggota WHO.

“Ia diterima pakai,” kata Cik Anne-Claire Amprou, pengerusi bersama rundingan, mengumumkan dengan tepukan gemuruh.

Teks yang dimuktamadkan kini akan dibentangkan untuk ditandatangani pada perhimpunan tahunan WHO pada Mei tahun ini.

Encik Tedros yang menyertai rundingan lewat 15 April, memberitahu pemberita bahawa beliau berpendapat draf semasa adalah “baik”, “seimbang” dan bahawa perjanjian akan membawa “lebih ekuiti.”

“Virus adalah musuh paling teruk. Ia mungkin lebih teruk daripada peperangan,” katanya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg