Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WHO: Pandemik Covid-19 jauh daripada selesai

Apr 28, 2020 | 11:44 AM

GENEVA: Pandemik Covid-19 "jauh daripada selesai" dan masih menjejas perkhidmatan kesihatan biasa, khususnya imunisasi yang dapat menyelamatkan nyawa bagi kanak-kanak di negara paling miskin, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam (27 April).


Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) prihatin dengan bilangan kes dan kematian yang meningkat di Afrika, Eropah Timur, Latin Amerika dan beberapa negara Asia, sedang bilangannya mendatar atau menurun di beberapa negara maju.


Koronavirus itu, yang mula menular hujung tahun lalu di bandar Wuhan di tengah China, telah menjangkiti 2.97 juta orang dan meragut lebih 205,000 nyawa.


Semasa satu sidang akhbar maya di Geneva, Ketua Pengarah WHO, Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata gelombang jangkitan kedua dapat dicegah dengan tindakan tepat.

Beliau meluahkan kebimbangan terhadap kesihatan kanak-kanak yang diancam oleh kesan kecemasan koronavirus ke atas program vaksinasi bagi penyakit lain.


"Kanak-kanak mungkin berisiko rendah bagi penyakit teruk dan kematian akibat Covid-19, tetapi boleh berisiko tinggi bagi penyakit lain yang dapat dicegah dengan vaksin," kata Encik Tedros.


Kira-kira 13 juta orang di seluruh dunia terjejas oleh kelewatan imunisasi biasa bagi penyakit termasuk polio, campak, kolera, demam kuning dan meningitis, katanya.


Kekurangan vaksin terhadap penyakit lain dilaporkan di 21 negara sebagai kesan daripada sekatan sempadan dan gangguan perjalanan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 itu, kata Encik Tedros. -Reuters.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >