Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Xi kekal sebagai Presiden China buat penggal ketiga

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



BEIJING: Parlimen China pada Jumaat sebulat suara telah memilih Encik Xi Jinping untuk memegang kuasa buat penggal ketiga, yang belum pernah berlaku sebelum ini selaku presiden dan sekali gus sebagai pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat (CMC) negara itu.



Para perwakilan juga telah mengesahkan pilihan beliau, memilih Encik Han Zheng sebagai Naib Presiden, menggantikan Encik Wang Qishan.



Encik Xi satu-satunya calon, dengan 2,952 perwakilan yang mengundi telah memilihnya sebagai ketua negara. Tiada yang mengundi menentang atau berkecuali.



Setelah keputusan pengundian itu diumumkan, tepukan gemuruh diberikan secara berterusan selama satu minit.



Encik Xi menunduk sebagai tanda hormat kepada para perwakilan dan berjabat tangan dengan Encik Li Zhanshu, pengerusi parlimen yang akan berundur, dan Encik Li Qiang, orang kedua dalam Parti Komunis China (CPC) yang juga merupakan pilihan utama untuk jawatan perdana menteri.



Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), atau juga dikenali sebagai Parlimen, telah meminda perlembagaan pada 2018, untuk memansuhkan batas dua penggal bagi jawatan presiden.



Langkah itu memberi laluan kepada Encik Xi, menjadi orang yang paling berkuasa sejak Pengerusi Mao Zedong.



Pada Jumaat lalu, kesemua perwakilan juga memilih Encik Xi selaku pengerusi CMC, iaitu penguasa tertinggi tentera China, yang berjumlah lebih dua juta anggota aktif dalam angkatan Tentera Pembebasan Rakyat China itu.



Encik Han juga, tidak ditandingi, dan mendapat 2,952 undi.



Selepas keputusan diumumkan, beliau turut memberikan penghormatan kepada para perwakilan dan berjalan ke arah Encik Xi untuk bersalaman, juga dengan Naib Presiden yang akan berundur, Encik Wang.



Di China, pengenalan para calon untuk jawatan rasmi, tidak diumumkan hinggalah pada hari pengundian itu.



Tetapi orang ramai mula memperkatakan apabila Encik Han mengemukakan pendaftaran menjelang pengundian, sebelum Encik Wang berbuat demikian, semasa pembukaan Parlimen pada Ahad lalu.



Jawatan presiden dan naib presiden adalah paling berprestij tetapi lebih kepada satu istiadat.



Kuasa sebenar terletak di tangan setiausaha agung CPC dan pengerusi CMC.



Encik Han mencapai usia 69 tahun pada April ini, setahun lebih muda daripada Encik Xi.



Sekiranya Encik Xi tidak dapat meneruskan tugasnya atau meninggal dunia semasa memegang jawatan, Encik Han akan menggantikannya selaku presiden.



Para pemerhati politik percaya Encik Han, yang menjadi datuk bandar Shanghai paling muda, pada 2003 semasa berusia 48 tahun, diberi jawatan naib presiden untuk menenangkan kumpulan di Shanghai yang telah menguasai China selama lebih satu dekad.



Kumpulan ini dalam CPC diketuai oleh mendiang presiden Jiang Zemin, yang dipilih khusus oleh Encik Xi pada 2007.



Encik Wang diberi jawatan naib presiden pada 2018 sebagai ganjaran atas peranannya membanteras rasuah dalam kalangan pegawai-pegawai pemerintah dari 2012 hingga 2017.



Encik Han dan Encik Wang keluar dari Politbiro CPC masing-masing pada 2022 dan 2017, setelah mencapai usia persaraan 68 tahun.



Pada Jumaat lalu, Encik Zhao Leji, 66 tahun, berkedudukan ketiga dalam jawatankuasa parti itu, dilantik selaku pengerusi Parlimen oleh kesemua perwakilan, mengambil alih tempat Encik Li Zhanshu.



Peranan beliau termasuk memimpin sidang parlimen, dan kedudukannya adalah yang ketiga dalam politbiro parti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >