Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Yazit masih belum terima tindakan dari Search lepas 72 jam tempoh kata dua

May 18, 2016 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sudah 72 jam berlalu selepas tempoh kata dua diberikan Search kepada anggotanya, Yazit Ahmad, agar menarik balik aduan polis berhubung isu pecah amanah.



Namun, pemain dram itu, yang enggan mohon maaf dan membatalkan laporan polisnya, masih belum menerima apa-apa tindakan daripada kumpulan rok legenda Malaysia itu.



Yazit, 54 tahun, diberi tempoh 48 jam hingga Jumaat selepas didakwa memburukkan Search, namun beliau bertegas dengan tuduhan pecah amanah wang pendahuluan konsert 35 tahun band itu.



"Sehingga sekarang tidak ada apa-apa tindakan susulan daripada mereka, walaupun tempoh 48 jam sudah berlalu.



"Saya anggap apa yang mereka buat masa sidang akhbar itu (Rabu lalu) hanyalah bagi menggertak saya," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, semalam.



"Saya dan peguam Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli masih menunggu, jika ada apa-apa perkara berbangkit daripada mereka.



"Setakat ini, laporan polis saya terhadap anggota Search yang saya sifatkan pecah amanah itu masih diteruskan."



Yazit, bagaimanapun, tidak meneruskan aduan polis, yang dirancang Khamis lalu, terhadap vokalis band itu, Amy, yang mendakwa beliau (Yazit) memburukkan sekolah tahfiz miliknya di Shah Alam.



"Pada hari saya hendak pergi ke balai polis Wangsa Maju, saya difahamkan dia telah mengubah laporan," katanya.



Pada 4 Mei lalu, Yazit mendakwa berlaku pecah amanah apabila beliau tidak menerima sebarang bayaran pendahuluan RM75,000 ($25,500) yang diberikan penganjur kepada Search.



Beliau juga mengakui sudah tawar hati mahu bekerjasama semula dengan Search walaupun beliau pengasas kumpulan itu.



Konsert 'Search 35 Tahun' yang dijadualkan 30 Ogos di sini mungkin batal jika ahlinya masih bercakaran dan enggan menyelesaikan masalah dalam masa terdekat, kata penganjur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >