Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zahid adakan pertemuan tertutup bersama 40 ahli Adun Johor

Oct 7, 2022 | 5:30 AM
PERTEMUAN TERTUTUP: Kenderaan membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Johor pada kira-kira 8.15 malam.
PERTEMUAN TERTUTUP: Kenderaan membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Johor pada kira-kira 8.15 malam. -

JOHOR BAHRU: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengadakan pertemuan tertutup bersama kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor lewat malam kelmarin.

Pertemuan tertutup itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana.

Turut hadir ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Menurut sumber Umno Johor, agenda utama pertemuan tertutup itu untuk membincangkan pembahagian tugas jentera negeri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Presiden juga mengingatkan kesemua 40 Adun yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya terus meningkatkan perkhidmatan.

"Ia berikutan PRU15 adalah padang permainan yang lebih besar dengan segala isu tidak dijangka akan menjadi peluru berbahaya," kata sumber.

Jumaat lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan tahun ini.

Setiausaha Agung Umno dilaporkan berkata susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg