Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid bebas dari kesemua 40 tuduhan rasuah

Tiada bukti kukuh kait mantan timbalan perdana menteri, juga Presiden Umno kes kontrak firma, Visa Luar Negara
Sep 24, 2022 | 05:30 AM



Dari Shah Alam, Selangor: DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menyifatkan dirinya "diaib dan dimalu" atas tuduhan rasuah, dibebaskan daripada semua 40 tuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi semalam.



Tuduhan rasuah tersebut melibatkan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berkaitan kontrak syarikat terbabit sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN).



Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa, memerintahkan mantan timbalan perdana menteri yang juga presiden Umno itu dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan.



Dalam penghakimannya, hakim berkata pihak pendakwaan yang memanggil 18 saksi gagal membuktikan kes prima facie selain tiga saksi utama iaitu bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, dan bekas pengarah syarikat tersebut, Harry Lee Vui Khiun serta Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, sebagai tidak boleh dipercayai.



Ahli parlimen Bagan Datuk itu berdepan pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta daripada UKSB, selain tujuh lagi mendapatkan $1,150,000; RM3.125 juta ($970,000); 15,000 swiss franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.



Bercakap kepada media di luar mahkamah, Datuk Ahmad Zahid menyifatkan sejak hari pertama dituduh menerima suapan berhubung sistem VLN berkata beliau yakin bahawa beliau tidak pernah melakukan perkara tersebut.



Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sekali gus membetulkan tanggapan salah atau 'hukuman yang dijatuhkan' oleh pandangan umum terhadapnya sepanjang perbicaraan rasuah yang dihadapinya itu.



"Saya telah diaibkan, dimalukan, malah ditelanjangkan dengan pelbagai anggapan dan saya telah dihukum terlebih dahulu oleh court of public opinion (pandangan umum).



"Tapi Jumaat ini kebenaran perundangan ditegakkan," katanya kepada pemberita.



Semalam turut menyaksikan puluhan penyokong Datuk Ahmad Zahid berdoa tanda kesyukuran di luar mahkamah selepas mendapat berita beliau dibebaskan dari tuduhan.



Penyokongnya yang berada di luar mahkamah sejak pagi dilihat gembira dan berpelukan sesama sendiri sebaik mendapat khabar tersebut.



Pada masa yang sama, warganet meluahkan rasa kecewa dan tidak percaya mereka di media sosial terhadap pembebasan Datuk Ahmad Zahid daripada tuduhan rasuah.



Pengguna yang dikenali sebagai @YbSadik berkata ia adalah berita yang "membimbangkan".



"Apa pun, harap Zahid tidak terlalu gembira. Saya percaya yang paling buruk masih belum datang untuknya," kata @YbSadik, merujuk kepada satu lagi perbicaraan pengubahan wang haram dan pecah amanah yang dikenakan ke atas presiden Umno itu.



Datuk Ahmad Zahid kini juga menghadapi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequera.



Laporan lanjut: Zahid: Keputusan merupakan kemenangan untuk BN, Umno




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >