Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Zahid dibebas tuduhan rasuah: Pejabat Peguam Negara kemuka rayuan

Sep 28, 2022 | 06:15 AM



KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara Malaysia (AGC) telah memfailkan rayuan bagi kes rasuah melibatkan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin setelah beliau dibebaskan daripada kesemua 40 tuduhan menerima rasuah minggu lalu.



Satu sumber yang tidak mahu dikenali mengesahkan bahawa notis itu telah dikemukakan sekitar 4.40 petang kelmarin, berkaitan dengan kes Visa Luar Negara.



Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membebaskan Datuk Ahmad Zahid, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, daripada kesemua 40 tuduhan rasuah.



Hakim perbicaraan, Datuk Mohd Yazid Mustafa, memutuskan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Ahmad Zahid dan mengarahkan kesemua dakwaan digugurkan.



Antara alasan utama atas kegagalan dakwaan terhadap Datuk Ahmad Zahid adalah kerana saksi-saksi utama tidak boleh dipercayai, kata hakim.



Datuk Ahmad Zahid, 69 tahun, dituduh menerima rasuah bagi melanjutkan satu kontrak kepada syarikat swasta, Ultra Kirana Sdn Bhd, untuk mengendalikan pusat sehenti memproses visa di China bagi para pekerja asing dan sistem visa bersepadu melibatkan Kementerian Dalam Negeri.



Saksi-saksi itu adalah bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana, Encik David Tan Siong Sun, dan bekas pengarah syarikat berkenaan, Encik Harry Lee Vui Khiun dan Encik Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani.



Mahkamah juga meragui kredibiliti dokumen yang dikemukakan sebagai bukti - kerana terdapat beberapa butiran yang hilang berkaitan pengaliran dana yang didakwa diberi kepada Datuk Seri Zahid. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >