Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid disoal siasat agensi rasuah selama lebih lapan jam

Oct 11, 2018 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi keterangan selama lebih lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan penyelewengan dana membabitkan sebuah yayasan semalam.



Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.



Beliau hanya memberikan reaksi:



"Semuanya ok, tiada apa-apa," katanya.



"No pc (sidang akhbar) darling," katanya kepada kumpulan wartawan tempatan dan antarabangsa yang menunggu di pekarangan pejabat SPRM sejak awal pagi.



Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri itu akan ditahan, walaupun pegawainya masih berpendapat beliau akan dibenarkan pulang petang ini.



Proses merakam keterangan Dr Ahmad Zahid dimulakan kira-kira 10 pagi selepas beliau diarahkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini oleh badan pencegah rasuah itu minggu lalu.



Selain Dr Ahmad Zahid, SPRM turut mengambil keterangan anak perempuan beliau, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid serta adik tiri Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi berhubung kes sama, semalam.



Ketiga-tiga mereka hadir dengan tiga kenderaan berasingan ke ibu pejabat SPRM kira-kira 9.20 pagi semalam.



Ini kali ketiga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diarahkan hadir ke ibu pejabat SPRM untuk dirakam keterangan dengan kali pertama dan kedua beliau hadir adalah pada 2 dan 3 Julai lalu.



Kelmarin, Dr Ahmad Zahid menerusi laman Twitter rasminya berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.



Pada Julai lepas, beliau memberi keterangan sebanyak dua kali kepada SPRM berhubung siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal.



Beliau tampil bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna dana yayasan lebih RM800,000 ($266,000) dipercayai bagi membayar kad kredit miliknya dan isterinya.



Dalam pertemuan lain, Dr Ahmad Zahid disiasat berkaitan dakwaan beliau bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak.



Ini bagi membantu siasatan berhubung keterangan dibuatnya ketika bertemu dengan wakil keluarga Raja Arab Saudi pada 2015.



Seawal 8 pagi semalam, puluhan anggota media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes membabitkan Dr Ahmad Zahid.



Anak beliau, Datuk Nurulhidayah, dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM pada 4.53 petang dan kemudian menaiki kenderaannya berwarna hitam.



Bagaimanapun, beliau berkata kehadirannya adalah untuk menemani bapanya.



"Saya hadir untuk menemani beliau," katanya dengan ringkas.



Media Astro Awani melaporkan difahamkan Dr Ahmad Zahid akan menyambung keterangannya di SPRM, 9.30 pagi hari ini.



Terdahulu, Presiden Badan Pemantau Malaysia Datuk Lokman Noor Adam, dilaporkan media sebagai berkata mereka sudah bersiap sedia sekiranya Presiden Umno itu ditahan.



Menurut laporan itu, Datuk Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata beliau sedia maklum arahan Dr Ahmad Zahid agar tiada sebarang perhimpunan diadakan di SPRM, namun beliau bertegas untuk meneruskan perancangan malam ini sekiranya berlaku penahanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >