Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS POLITIK DI SABAH

Zahid gesa semua pihak lakukan 'gencatan politik' demi kepentingan Sabah

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu melakukan "gencatan politik" di Sabah bagi mencari penyelesaian yang muktamad demi kepentingan negeri itu.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata masih banyak jendela dan ruang rundingan perlu dibuka berhubung kemelut politik yang sedang melanda Sabah.



"Semua pihak harus melakukan gencatan (politik) sehingga Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya sendiri dan Ketua Menteri Sabah duduk enam mata dan berunding untuk mencari penyelesaian yang muktamad bagi kepentingan Sabah.



"Paling penting, bagaimana semua pihak harus menerima hakikat bahawa kestabilan politik di kerajaan federal harus turut diwujudkan di semua negeri," katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno itu berkata demikian dalam satu program di stesen RTM.



Datuk Ahmad Zahid berkata rakyat Sabah harus dielakkan daripada dibebani semula dengan proses pilihan raya selepas negeri itu menjalani proses tersebut hanya lebih dua tahun lalu.



"Sedaya mungkin sistem demokrasi yang dibuat harus mengambil kira bahawa kuasa yang ada pada seseorang ketua eksekutif sesebuah negeri, mesti berdasarkan Undang-Undang Tubuh kerajaan negeri itu.



"Tentunya, proses pilihan raya yang berjalan hanya dua tahun setengah lalu tidak harus diadakan semula," katanya.



Kemelut politik di Sabah berlaku selepas gerakan menarik balik sokongan kepada pentadbiran pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.



Namun, beliau mendakwa memperoleh sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah, justeru kerajaan Sabah ketika ini terus kekal dan utuh dengan beliau masih Ketua Menteri.



Beliau telah menunjukkan keabsahannya dengan menyerahkan akuan berkanun (SD) sokongan daripada 44 Adun itu, termasuk tujuh pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH) dan lima Adun BN-Umno Sabah, kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada satu pertemuan Sabtu lalu.



Sabah mempunyai sejumlah 79 Adun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >