Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid: ‘Keputusan merupakan kemenangan untuk BN, Umno’

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



Dari Shah Alam: BEKAS Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan kebenaran berpihak kepadanya dan semua tuduhan yang dikenakan ke atasnya tidak pernah beliau dilakukan.



Keputusan mahkamah membebaskannya semalam merupakan kemenangan untuk Barisan Nasional (BN) dan Umno.



“Dari hari pertama hingga keputusan hari ini saya yakin pelaksanaan perundangan diteliti dan diperincikan oleh Yang Arif Hakim.



“Saya rasa apa juga yang dipertuduhkan bagaimanapun dalam masa sama reda dengan ujian dan istiqamah.



“Saya amat yakin pertuduhan itu tidak pernah dilakukan dan selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno, ini adalah kejayaan perjuangan BN,” katanya selepas keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskannya daripada 40 pertuduhan rasuah membabitkan sistem Visa Luar Negara (VLN).



Pada sidang media di lobi di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam, beliau berkata beliau lega dan memanjatkan kesyukuran atas keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa, sekali gus membersihkan namanya daripada tuduhan terbabit.



Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terutama barisan peguam, ahli keluarga dan rakan seperjuangan dalam arena politik yang terbabit dalam memperjuangkan keadilan terhadapnya.



“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan peguam saya yang amat profesional dan cemerlang. Saya berbangga dengan usaha mereka. Saya tak akan pernah lupa kawan-kawan yang tak pernah jemu untuk bersama saya di mahkamah ini yang datang dari jauh dan seluruh kepimpinan Umno yang mendukung supaya keadilan ini dinaikkan.



“Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada wartawan yang memberikan laporan sangat seimbang dan profesional dan diharap laporan itu lebih seimbang lagi kepada saya. Saya berharap selepas ini laporan itu lebih seimbang lagi pada masa akan datang, Insya-Allah,” katanya.



Terdahulu Hakim Mohd Yazid memutuskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilepas bebas atas semua 40 pertuduhan terbabit selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.



Pada 11 Ogos, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 24 Mei 2021 dan pihak pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 7 September lalu.



Anak perempuannya Cik Nurul Hidayah, yang turut hadir dilihat menitiskan air mata kesyukuran selepas keputusan mahkamah.



Beliau adalah antara sekumpulan penyokong parti itu berkumpul menyatakan solidariti kepada pemimpinnya.



Kira-kira 100 yang hadir itu mendakwa mereka merupakan penyokong tegar Umno dan menganggotai parti tersebut sejak berdekad- dekad lalu.



Dengan menaiki dua buah bas yang disewa RM1,000 ($320) setiap satu, rombongan penyokong Datuk Zahid itu melunaskan bayaran tersebut dengan berkongsi sesama sendiri.



PAS semalam meminta semua pihak menerima keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Zahid daripada pertuduhan menerima rasuah.



Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu juga menghormati setiap keputusan dan sudah tentu hakim mempunyai asas dalam membuat pertimbangan beliau.




“Dari hari pertama sehingga keputusan hari ni, saya amat yakin bahawa pelaksanaan perundangan telah diteliti dan diperincikan oleh yang arif hakim. Dan tentunya saya merasakan bahawa apa juga yang telah dipertuduhkan kepada saya, saya merasakan biarpun saya harus reda dengan ujian yang telah ditimpakan ke atas saya, namun saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan-pertuduh an itu tak pernah saya lakukan. Dan saya amat yakin sebagai pengerusi BN dan presiden Umno, ini kejayaan Umno-BN.”
- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >