Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid ramal PN akan retak dan berpecah

May 12, 2023 | 02:56 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meramalkan Perikatan Nasional (PN) akan retak dan berpecah, sambil menyifatkan kerjasama parti dalam gabungan itu, khususnya di antara Parti Islam SeMalaysia (Pas) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebagai ‘kahwin muta’ah’.


“Kita dengar perkahwinan muta’ah oleh kedua-dua pihak (PAS dan Bersatu) pasti dalam bentuk sementara. Kita tunggulah apabila retak menjadi belah,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden Umno itu.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-77 di sini pada Khamis malam, manakala dalam ucapannya, menegaskan Umno pernah menjadi ‘mangsa’ ketika bersama PAS dalam Muafakat Nasional (MN).


“Kita sudah cuba atas nama piagam dan Muafakat Nasional, tapi parti itu dengan siapa pun, apabila dia bersekongkol, pasti parti (yang bersama) itu akan ditendang dan diterajang, termasuk kita dulu.


“Saya yakin gabungan parti yang disertai parti itu sekarang ini pun, apabila kocakan mula berlaku, saya fikir tak lama lagi gabungan itu akan pecah dan rakan kongsi politik juga akan ditendang sebagaimana dia tendang kita,” kata Datuk Ahmad Zahid.


Mengenai Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dijadualkan Ahad ini, Datuk Ahmad Zahid berkata satu pertemuan membabitkan 148 Anggota Parlimen kerajaan akan diadakan bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BHM

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >