Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky dijangka lawat Biden, ucap di Kongres AS

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, akan melawat Washington, Amerika Syarikat dan dijadualkan berkunjung ke Capitol hari ini (semalam, waktu Amerika), walaupun perjalanan itu masih belum disahkan dan kebimbangan keselamatan boleh memaksa perubahan dalam rancangan, kata sumber yang biasa dengan perancangan itu kelmarin.



Laporan Punchbowl News pertama kali melaporkan kemungkinan perjalanan itu, yang pertama buat Encik Zelensky ke luar Ukraine sejak Russia melancarkan serangan ke atas negara itu pada 24 Februari lalu.



Lawatannya juga termasuk kunjungan ke Rumah Putih, lapor CNN.



Kedua-dua media itu memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut.



Encik Zelensky dijangka bertemu dengan kepimpinan Kongres dan ketua jawatankuasa keselamatan negara daripada parti Republikan dan Demokrat dan dijangka berucap pada sesi bersama Kongres, lapor Punchbowl.



Beliau kali terakhir meninggalkan Ukraine untuk menghadiri Persidangan Keselamatan Munich pada 19 Februari lalu, mengikut jadual rasminya.



Jurucakapnya tidak segera membalas mesej bertulis yang meminta pengesahan.



Encik Zelensky membuat lawatan mengejut ke atas pasukan tentera Ukraine yang berada di barisan hadapan, di bandar timur Bakhmut kelmarin, sekali gus menggariskan percubaan Russia yang sukar tetapi berterusan cuba menawannya.



Dalam ucapan video malam kelmarin, beliau merujuk kepada perjalanannya ke "Kubu Bakhmut" di Donetsk, salah satu wilayah yang didakwa Russia telah dipisahkan pada September lalu, dalam satu langkah yang kebanyakan negara menolak sebagai pendudukan haram.



Terdahulu kelmarin, Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi, berkata akan ada sesi Kongres pada malam Rabu yang akan memberi "fokus yang sangat istimewa pada demokrasi".



Kenyataan Cik Pelosi, yang datang dalam sepucuk surat, tidak menjelaskan secara terperinci tentang sesi itu.



Pejabatnya tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas mengenai lawatan yang dilaporkan oleh Encik Zelensky.



Wakil Amerika, Cik Marcy Kaptur, pengerusi bersama Kaukus Kongres Ukraine, memberitahu CBS News terdapat usaha berterusan untuk membawa Encik Zelensky ke Capitol pada hari Rabu dan meminta beliau berucap di Kongres.



"Kami sangat berbesar hati menerima kunjungan beliau. Saya kagum beliau boleh melakukannya memandangkan keadaan yang dihadapi. Ia akan menjadi hadiah yang hebat bagi kami menerimanya di Capitol.



"Kami bekerjasama dengan kepimpinan untuk membantu. Kami secara peribadi memahami jika beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir," kata Cik Kaptur, yang dipetik oleh CBS News. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >