Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky gesa Moscow adakan rundingan

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, semalam meminta Moscow mengadakan rundingan kerana "inilah masanya untuk bertemu".



Beliau malah menyifatkan ia adalah "satu-satunya peluang Russia mengurangkan kerosakan yang dilakukan kerana kesilapan mereka sendiri" selepas menceroboh Ukraine.



Kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan jarak jauh tetapi difahamkan setakat ini mula menampakkan sedikit kemajuan. Bagaimanapun, tidak ada perbincangan di peringkat antara presiden kedua-dua negara terbabit.



"Inilah masanya untuk bertemu, bercakap dan untuk memperbaharui integriti wilayah dan keadilan untuk Ukraine.



"Jika tidak, Russia berdepan kerugian dan mungkin menyebabkan beberapa generasinya tidak akan pulih," katanya dalam hantaran video di Facebook.



Encik Zelensky juga berkata, pihak berkuasa Ukraine sudah menyelamatkan lebih 9,000 orang di bandar pelabuhan Mariupol, yang dikepung oleh tentera Russia.



Katanya, masih belum ada maklumat mengenai jumlah penduduk yang maut apabila sebuah teater di bandar yang dijadikan tempat perlindungan orang awam dibom.



Beliau turut memaklumkan, lebih 180,000 warga Ukraine sudah diselamatkan melalui koridor kemanusiaan di seluruh negara.



Dalam perkembangan berkaitan, Encik Zelensky juga menuduh tentera Russia menyekat bantuan di sekitar kawasan tumpuan atau 'hotspot'.



"Mereka mengenakan arahan yang ketat untuk melakukan segala-galanya, jadi malapetaka kemanusiaan di bandar di Ukraine bertukar menjadi alasan untuk Ukraine bekerjasama dengan penjajah. Ini adalah satu jenayah perang!" katanya.



Terdahulu, beberapa pusingan rundingan di antara Kyiv dan Moscow berlaku secara bersemuka dan maya sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine bermula 24 Februari lalu. Siri rundingan terbaru iaitu yang keempat, akan diadakan esok.



Sejauh ini dianggarkan antara 700 hingga 3,000 orang dilaporkan terkorban di Ukraine akibat perang ini.



Selain itu, antara 1,300 hingga sekitar 3,000 askar Ukraine dan lebih 7,000 askar Russia dipercayai maut. - AFP



Laporan lanjut: Putin tuduh Kyiv lakukan jenayah perang




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >