Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky: Ukraine nyaris ditimpa bencana nuklear

Kecam tindakan Russia bedil janakuasa di Zaporizhzhia hingga bekalan elektrik terputus
Aug 27, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata dunia nyaris mengalami malapetaka radiasi apabila bekalan elektrik terputus di janakuasa nuklear di Zaporizhzhia, selepas Russia menghujani bedilan di kawasan itu.



Bagaimanapun, Moscow menafikan dakwaan tersebut.



Encik Zelensky mengatakan bedilan-bedilan yang dilancarkan Russia kelmarin itu mengakibatkan kebakaran di lubang abu berhampiran stesen janakuasa arang batu yang terpisah dengan kompleks reaktor - terbesar di Eropah - dari grid kuasa di situ.



Mujur ada generator diesel sandaran, yang memastikan bekalan kuasa yang penting bagi menggerakkan sistem penyejukan dan keselamatan, kata Encik Zelensky.



Beliau memuji para teknisyen yang mengendalikan janakuasa tersebut yang menjadi sasaran tentera Russia.



"Jika kakitangan di stesen itu tidak bertindak cepat setelah bekalan terputus, kita akan menghadapi akibat kemalangan radiasi," kata beliau dalam ucapan malam kelmarin.



"Russia telah meletakkan Ukraine dan seluruh Eropah pada satu kedudukan runcing daripada malapetaka radiasi," ujarnya.



Encik Vladimir Rogov, seorang pegawai yang dilantik Russia di bandar Enerhodar yang dikuasainya berhampiran janakuasa tersebut, menyalahkan angkatan bersenjata Ukraine atas kebakaran hutan dekat dengan janakuasa itu.



Katanya, bekalan elektrik telah terputus buat beberapa jam di bandar-bandar di kawasan itu kelmarin.



Russia menyerang Ukraine pada Februari lalu dan menguasai janakuasa tersebut pada Mac.



Namun para teknisyen Ukraine masih terus mengendalikan operasi.



Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) meminta supaya dibenarkan memasuki janakuasa tersebut dan menyeru supaya kawasan itu bebas daripada kegiatan ketenteraan.



Para pegawai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa y (IAEA) hampir berupaya melawat di Zaporizhzhia, kata Ketua Pengarah agensi itu, Encik Rafael Grossi, kelmarin.



Sementara itu, satu laporan yang kemudian dinafikan oleh Ukraine memetik kementerian pertahanan Russia sebagai mengatakan, angkatan bersenjata Russia telah memusnahkan lapan buah pesawat perang Ukraine ekoran serangan-serangan ke atas pangkalan udara di rantau Poltava dan Dnipropetrovsk.



Kejadian itu boleh jadi merupakan kekalahan besar bagi angkatan udara Ukraine dalam beberapa minggu ini.



Kyiv sudah berulang kali meminta peralatan tentera canggih Barat yang menurutnya diperlukan untuk menangkis serangan-serangan Russia.



Presiden Zelensky kelmarin telah bercakap melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, yang menegaskan sekali lagi tentang sokongan negaranya kepada Ukraine untuk menentang Russia, kata Rumah Putih.



Dalam satu langkahnya, yang boleh menguatkan lagi anggaran pihak Barat tentang kerugian yang dialami Russia, Presiden Vladimir Putin dikatakan telah menandatangani dekri kelmarin untuk menambah bilangan tenteranya daripada 1.9 juta kepada sebesar 2.04 juta.



Kremlin berkata tujuannya adalah untuk melenyapkan ancaman keselamatan terhadap Russia.



Ukraine dan pihak Barat menyifatkan andaian itu tidak berasas sama sekali dan lebih berupa alasan untuk melancarkan penaklukan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >