KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata calon penggantinya perlu dikenal pasti pada akhir Januari tahun depan, tiga bulan sebelum beliau dijadualkan bersara pada April 2016.
Bagi tujuan itu, Tan Sri Zeti menggalakkan jawatankuasa pentadbiran bank pusat itu mengadakan dan menyelesaikan proses pencarian sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum beliau bersara.