Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zoo Johor akan dinaik taraf, dibuka semula pada hujung 2023

Jun 13, 2023 | 08:48 PM



JOHOR BAHRU: Zoo Johor yang berusia 95 tahun akan mempunyai kemudahan lebih baik apabila ia dibuka semula selepas kerja-kerja menaik taraf yang besar selesai menjelang hujung 2023.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata proses dokumentasi yang panjang dan menjenuhkan telah disiapkan dan mereka kini berada di peringkat akhir untuk melantik kontraktor.

 “Kami menjangka memulakan kerja-kerja pada Julai bagi memenuhi sasaran siap pada Disember.

 “Ia termasuk menaik taraf laluan pelawat, gerbang pintu masuk, menambah kawasan tempat meletak kereta luar dan juga memindahkan sistem tiket ke dalam talian.

“Projek ini juga melibatkan penambahbaikan kolam dan pintu pagar zoo serta sistem paip dan elektriknya,” katanya ketika ditemui sempena forum Johor Smart City yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.


Beliau berkata haiwan-haiwan di zoo itu tidak akan dipindahkan atau terjejas oleh kerja-kerja tersebut.

Datuk Mohd Jafni menambah, negeri itu juga merancang membangunkan aplikasinya sendiri sebagai sebahagian daripada peningkatan untuk mengintegrasikan zoo dengan tarikan lain di Johor untuk dipromosikan sebagai pusat pelancongan.

Mengenai harga tiket yang bakal dikenakan, beliau berkata:  “Apa yang boleh saya katakan adalah tiket masih akan menjadi yang paling murah (tiket zoo) di seluruh negara.”

 Harga tiket semasa ialah RM2 ($0.60) dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Datuk Mohd Jafni juga sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1 juta setahun untuk penyelenggaraan zoo, gaji pekerja, makanan untuk haiwan dan kos lain.

 Terdahulu pada majlis itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan bahawa Zoo Johor – zoo tertua di Malaysia – akan dibuka semula pada akhir tahun ini.

 “Ia dijangka dibuka semula tidak lama lagi dengan perkenan Raja Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,” katanya sebelum majlis itu dirasmikan oleh Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim.

Pada Februari lalu, Sultan Ibrahim berkata dalam catatan Facebook bahawa zoo itu perlu dijadikan salah satu lokasi pelancongan baru negeri itu bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, Zoo Johor adalah warisan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, dan merupakan zoo tertua di Malaysia.

Zoo di Jalan Gertak Merah itu dinamakan Kebun Binatang semasa dibuka pada 1928, dan sentiasa menjadi tempat popular dikunjungi penduduk tempatan pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >