14 usahawan teroka peluang di Batam
Lulusan program AMP timba ilmu daripada pemilik restoran, lawat kilang bagi lihat operasi
Jun 24, 2016 | 05:30 AM
SERAMAI 14 peniaga wanita telah menimba pengetahuan demi meluaskan perniagaan ke luar Singapura dan menjalin rangkaian kenalan peniaga di Batam.
Peniaga kecil-kecilan dan peniaga dari rumah, yang merupakan lulusan program Perniagaan Mikro Angkatan Kartawan Islam (AMP), itu berpeluang melakukan demikian dalam satu bengkel perniagaan dan pemadanan dua hari ke Batam baru-baru ini.